Isnin, September 14, 2015

Bila Bos Outstation

Assalamualaikum wbt.

Bila bos outstation...  berapa lama? seminggu lebih... waaa haaa, opis kita punya!! 
Boleh sampai opis lenggang-lenggang kangkung, takyah kelam kabut nak thumbprint sebelum bos sampai, tak yah kalut2 nak pk pasal bekpes bos dan boleh baca surat khabar dulu sambil minum kopi kat pantry dengan tenang dan damai.  Haha... sengal!

Ok, bayangkan, kalau bos ada, utk jadi secretary TERCONTOH, sampailah awal dari bos.  Buka pintu bilik dan buka pintu bilik bos, buka lampu, kemas meja, buka PC, letak surat khabar atas meja, siapkan sarapan untuk bos dan pastikan bilik bos WANGI.  Tisu semua ada... kemas dan bersih.  Lepas bos sampai dan masuk bilik, bagi 5 min biar dia duduk sekejap dulu, behtu baru masuk.  Update jadual dan soal jawab selidik sikit, behtu baru bawa masuk sarapan.  Lepas tu, baru leh sarapan dengan masa yang terhad. Telefon akan berdering2 di pagi hari dari pegawai yang sungguh efficient bertanyakan itu ini pasal jadual bos dan nak jumpa bos... selalunya gitu ler .. whatever it is, saya suka apa yang saya buat.  Saya suka mudahkan kerja orang dan saya suka manage jadual orang.  Tu sebab, kalau planning cuti2 family, saya ler orangnya yang volunteer buat itinerary.  SESUAI KAN!! 

Jadinya, pada minggu bos tak de ni, leh buka DIARI.  DIARI apa pulok?? Diari cuti-cuti malaysia la.. .nak2 bila datang mood nak g jenjalan.  Leh plan cuti, cuti yang tinggal tak berapa hari tu kan, behtu leh google memanjang cari tempat kat malaysia ni yang rasa2 nak jejak kaki ke tanah yang belum diberi salam lagi atau nak repeat trip.  Ala, kami ni destinasi bajet je... bawa budak2 mana yang mampu.. untuk keluar negara bagi kami sekeluarga yang besar tak besar kecik tak kecik ni, inshaa allah satu hari nanti.  Tapi buat masa ni, kami selesa je jalan dalam malaysia.  Malaysia bumi yang penuh dengan misteri, mistik, dan keindahan alam semula jadi.  Apa yang mistik? apa yang misteri? uih, banyak la kan... banyak tumbuh-tumbuhan, banyak gunung ganang, banyak tasik, sungai, paya, pantai, macam-macam ada... suka tak suka je untuk pergi.

Kami belum jejak perlis dan kelantan.  Tapi member bagi tau kalau nak pergi kelantan janganlah pergi masa cuti sekolah, mmg sesak dan byk kereta. behtu nak pegi bila? tak tau ler teman.  Kami plan nak pergi utara hujung tahun ni.  Itu pun tentatif sahaja.  Kalau nak ke pantai timur, selalunya musim tengkujuh, jadi kami buat plan A ke utara, then Plan B ke Pantai Timur.

Utk tahun depan, saya target ke pulau, sama ada tioman, atau mabul. Mabul tu plan nak pergi berdua dengan en suami.  Kalau dapat tiket murah in shaa allah kami sampai. 

Oi, nak kena kemas fail bilik bos jap...  haha... babai...

0 ulasan:

 

Dari Hati © 2011 By NC