Khamis, Jun 05, 2014

sambungan cuti2 sekolah

Assalamualaikum,

Hari khamis petang tu, dapat lah kami mandi laut... cuaca panas tapi gagah juga menjemurkan diri didalam air... kami mandi pun tak lama, pukul 6 lebih kami dah balik ke  dan siap2 untuk cari makan pulak.
Kami ke arah Kuala Terengganu untuk makan malam dan  tempat makannya tak sampai bandarnya lagi, tak ingat kat mana tapi atas lagi dari Kuala Ibai.  Malam tu kami makan seafood. 
Hari Jumaat, me dah siap kemas2 bag semua, sebab malam tadi ada bgtau pogie esok kita gerak ke cherating pulak.  SMS tuan rumah homestay bagitau kami nak check out pagi ni.  Tuan rumah ok! Sangat mudah berurusan dengan En. Zainul ni.  So, kami gerak keluar dari homestay ke arah Cherating pulak.  Kat cherating ni kami main terjah je, tak de buat booking.  Seperti biasa dari satu hotel, ke resort, ke homestay kami menjengah tanyakan bilik kosong dan yg berpadanan dengan bajet kami.  Hehe, lama tak buat keje ni... dulu blh lah buat, skrg xdpt nak buat selalu terjah2 ni sebab anak2 ramai, selalunya kalau backpackers bilik kecik dan bajetnya pun kecik.  Me letakkan RM200 maksima, kalo tak jumpa juga, kami akan bermalam di Kuantan, sana pun banyak hotel bajet, ada dgn tak de je lah....


At last kami ketemu MERCU Resort, bawah sikit dari Cherating, mungkin pantai Balok kot..  Resort ni resort lama, tapi receptionistnya sangat2 bagus dan baik budaknya . Satu soalan berpatah dia jawab,bagus awak ni dik, moga berkat rezeki awak bekerja di situ.  Kami dapat bilik (2 katil single) dgn harga RM135 +15 utk tambahan tilam dan bilik kami tak lah depan swimming pool, agak hujung ke pantai tapi kami rasa lebih selesa sebab kalo depan swimming pool tentu bising dengan suara teriakan mandi budak2 dan org dewasa... Kiranya rezeki kami nak dpt bilik yang itu. 

Pantai pun cantik, cuaca pun cantik, tak panas mcm di Marang hari tu, dan orang pun tak lah ramai sangat.  Kami pun mandi manda di pantai sepuas2nya bermain ombak.  Pantainya landai saja.  Malam tu kami cari makan di area cherating.  Dan sekali lagi kami makan seafood malam tu.

Esok harinya kami meneruskan perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Sebelum tu kami borong kopok lekor dan keropok ikan sebagai bekalan buah tangan.

Dalam perjalanan kami singgah di Gambang utk beli ole2 budak2 ni.  Behtu singgah temerloh pekena ikan baung masak lomak tempoyak.... Sangat ohsem k! rasa mcm nak g situ lagi semata2 nak makan lauk gulai ikan patin/baung masak tempoyak je...

Perjalanan di teruskan dan kami tiba di KL jam 8.30 malam... Alhamdulillah.. perjalanan yg banyak kerenah dan pendek tapi semua puas hati... me puas ati sebab akhirnya dpt membasah badan dan berendam di laut masin....

0 ulasan:

 

Dari Hati © 2011 By NC