Selasa, Jun 17, 2014

BERSYUKURLAH...

Assalamualaikum...
 
 
Sejujurnya... mungkin apa yang kita tak ada pada waktu itu adalah baik untuk kita waktu itu.  Apa yang ada pada waktu itu, bersyukurlah.  Kita berkehendakkan sesuatu tp diluar batasan kemampuan kita, dan lagi ia bukanlah satu keperluan, hanya kehendak, maka ketika itu ketepikanlah...  Takut nanti tak termampu untuk kita menampung KEPERLUAN yang lain pula. 
 
Banyak factor yang perlu dipertimbangkan.  Contoh jelas, me dan pogie.  Kami pernah mendapat offer untuk membeli Tanah dan rumah di hulu Langat.  Jatuh cinta kami pada Tanah dan rumah tesebut seluas 1 ekar di tepi jalan, hampir dengan sungai, Tanah dusun, banyak pokok buah2an, sebuah rumah kecil, ada pula bangsal yang pogie boleh jadikan studio peribadinya, suasana alam cukup mendamaikan.  Sangat2 kami sukakan rumah tersebut.
 
TETAPI.. banyak benda kami terpaksa fikirkan utk memiliki Tanah tersebut. 
 
1.  Memikirkan persekolahan anak2 -  sama ada kekal di sekolah sekarang di Kuala Lumpur atau pindahkan ke sekolah baru berhampiran rumah tersebut yang mana kami lebih mengalami kesukaran untuk mencari pengasuh anak-anak untuk transit, makan dan pakai mereka.
 
2.  Masa - kami pernah duduk jauh dari tempat kerja dan rasa serik untuk duduk jauh kerana tak sanggup membuang masa di dalam kereta hampir 2 jam lebih setiap hari pergi dan balik, tambahan pula dengan duit minyak
 
3.  Mampukan kami bertoleransi dengan masa, anak2 dan kualiti kerja kalau berpindah ke sana? 
 
4.  Mampukah kami peruntukkan sebahagian kewangan kami utk perkara2 diatas?
 
Mungkin ia memenuhi idaman kami tapi sesungguhnya memerlukan pengorbanan yang besar, dan juga HIJRAH yang sebenar2nya.  Sehingga saya memikirkan untuk berhenti kerja, tapi mampukah kami?
 
Walau bagaimanapun, kami menarik diri bila mana tuan tanah ada menyebut, seorang ustaz tahfiz ada bertanyakan rumah tersebut.  Kami secara automatic menarik diri.  Mereka lebih memerlukan dan lagi sangat2 tidak elok kami berebut dengan ustaz tersebut. 
 
Biarpun berat kami melepaskan tapi kami REDHA disamping memohon kepada Allah mempertemukan kami dengan yang lebih baik dari yang kami telah temui.  Kerana kami percaya, Allah Taala adalah sebaik2 perancang. 
 

0 ulasan:

 

Dari Hati © 2011 By NC