Rabu, Mac 05, 2014

Luahan Ibu untuk Hadid Muhammad

Assalamualaikum wbt.


Skrg ni dah bulan Mac 2014, kejapan je masa berlalu.  Tahun ni si Hadid akan menduduki peperiksaan UPSR.  Ibu tahu, Hadid boleh buat, berjuang dulu Hadid, moga hasilnya setimpal dengan perjuanganmu.  Ibu doakan hadid berjaya dalam perjuangan.  Ada A ke, tak de A ke, ibu tahu hadid dah buat yg terbaik.  Mungkin kita tak bagus masa dulu, kita boleh bagus utk masa akan datang dengan usaha sekarang.

 
Sungguh, mungkin kita tak sehebat kawan kita, tak bermakna kita terus patah semangat dan rasa rendah diri.  Ramai diluar sana tidak pandai dalam pelajaran tapi pandai dalam kemahiran dan macam2 lagi dan telah Berjaya dalam hidup.  Ibu kenal Hadid. Ibu ayah sayang Hadid.  Apa yang penting, belajarlah rajin2, usahalah sehabis daya, bukan untuk ibu, bukan untuk ayah, tapi untuk diri hadid dan juga menjadi contoh pada adik2.  Tentu adik2 rasa kagum bila lihatkan abang hadid mereka siang malam ke kelas menuntut ilmu. 

Jalan telah dipermudahkan.  Ada kelas malam, ada kelas lepas sekolah dan ada kelas hujung minggu.  Sungguh ibu belum mampu untuk mengupah cikgu peribadi untuk ajar hadid, jadi, dengan adanya kelas2 yang sekolah sediakan, hadid ambillah kesempatan yang ada.  Ibu xpandai nak mengajar hadid, tapi ibu boleh bagi dorongan dan sokongan.  Biarlah kita perlahan, tapi matlamat kita tercapai. 

Hadid tahu, ibu tak kuat untuk menakluk puncak gunung kinabalu.  Sedang ibu menggeleng kepala sendirian semasa menapak, kerana merasa tidak upaya, kerana merasa tidak percaya pada diri sendiri, akal mengetuk hati ibu untuk merayu dan meraih simpati pada PENCIPTA.  Allah, Allah, Allah.... Dia saja yang ada pada waktu tu.  Seolah-oleh begitu hampir dengan kita.  Basahkan bibirmu wahai hamba Allah dengan zikir kepada Allah, mohon izin dan pinjamkanlah kudratMu Ya Allah untuk aku melangkah.  Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW…

Hadid, ingatlah, biar dimana bumi dipijak, sembahlah yang SATU - Allah.  Dia ada tika kita sendirian.  Dia ada tika kita gundah gulana. Dan Dia ada tika kita memerlukan.  Percayalah... yakinlah bantuanNya akan ada bersamamu.  Dan ingat, jangan lupa ucapkan Syukur walau apapun keadaanmu, susah atau senang kerana itu tanda kasihNya pada kita.

Hadid, doa ibu dan ayah sentiasa mengirimu.  Hadid berusaha, Hadid berjaya ibu bahagia.  Ibu tahu, Hadid mampu buat. 

USAHA - DOA - TAWAKAL....

4 ulasan:

qisha chott berkata...

Sedih tila baca tulisan dude...sedar xsedar kita serupa sebenarnya....dlm dunia yg suka membanding2 kadang2 tila rasa tertinggal jauh dibelakang terutama dlm keadaan serba xpunya...cukuplah mempunyai keluarga bahagia anak yg baik..xpelah dude....apa yg sekolah bagi sebenarnya cukup...kadang kala lebih dari cukup...kelas nadi..kelas tambahan...insha Allah...teruskan berdoa...tila juga xmampu hantar ke tuisyen yg rata2 mahal...hanya harapkan apa yg sekolah berikan....utk mengajar..sikit2 hanya setakat yg tahu saja...yg penting kita usaha....jgn sedih sahabat....Allah bersama org2 yg sabar...insha Allah anak akan memahami...

Ikhlas Dari Hati.... berkata...

Tila, serupa kita ye.. harapan kita sebagai ibu, kita nak paling anak kita ada usaha, kita menyokong dari belakang, dia buat mana yg termampu, kita juga bantu yg mana kita mampu. syukur Allah beri kita ujian hidup supaya kita beringat dan sentiasa bersyukur. Anak kita mungkin tak bijak, tp harapan kita, dan semoga kita dpt mendidik anak2 kita menjadi anak yang soleh. Mudah2an dipermudahkan.

Time Traveller berkata...

Semoga Hadid sentiasa tabah dan teguh dalam menghadapi kehidupan yang lebih mencabar di masa membesar..

Time Traveller berkata...

Semoga Hadid sentiasa tabah dan teguh dalam menghadapi kehidupan yang lebih mencabar di masa membesar..

 

Dari Hati © 2011 By NC