Khamis, November 07, 2013

Persediaan IP CLIMB 2013

Assalamualaikum wbt.

Wokeh, jom start dengan persiapan pendakian ke gunung kinabalu.

Sebenarnya me byk sgt rujuk kepada blog2 meke yg pernah ke gunung ni utk tips dan persiapan yg perlu sebelum mendaki.  ni untuk prepare mental n fizikal dan juga brg2 keperluan yg penting especially tatkala berada di laban rata.



Ni map trek dari dari kaki gunung ke Low's Peak.  Untuk makluman, setiap puncak gunung dan nama tempat diatas sana ada sejarahnya tersendiri.  Leh google berkenaan sejarah awal mereka yg pertama sekali berjaya menawan puncak gunung kinabalu.   Antara Nama2 tersebut yang diabadikan di sana ialah Low's Peak dan Gunting Lagadan.  

Untuk makluman, kesejukan dipuncak boleh mencecah sehingga -1 darjah celcius atau mungkin lebih sejuk dari itu.  Jadinya barang2 keperluan utk menghadapi cuaca sejuk sebegitu kenalah ada dan lengkap, supaya xsusahkan diri sendiri.  Lebih malang kita tak dapat naik ke puncak sebab tak cukup peralatan dan pakaian yg sesuai.  Seminggu sebelum kami menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu, cuaca di sana tak berapa baik, hujan dan ombak tinggi ketika itu, tapi kami tetap berserah dan banyak berdoa semoga Allah mempermudahkan urusan kami dan perjalanan kami lancar di sana nanti.

Ni adalah senarai keperluan me sendiri utk persiapan ke sana, u all punya ikut keselesaan dan keperluan, mungkin apa yg me perlu tak diperlukan u all, so pk abis2 k..  :

Baju panas - thermalwear 1
baju sejuk - 1
baju inner (turtle neck) - 2 
seluar track - 2
seluar tight -1
seluar slack -1
sarung tangan -1
headlamp -1
t-shirt -2 
(kelab me bg me 2 helai tshirt lagi disana, so tak yah t-shirt byk2)
sandal - me pakai masa turun gunung
kasut yg tapaknya sesuai utk mendaki tp ada juga yg pakai sandal, ikut keselesaan
buff headwear /mafla / shawl 
snowcap - ni pun pakai kat atas sebab sejuk, ikut keperluan sekiranya perlu
telekung sembahyang 
tuala kecil
stocking - 3 pasang (takut basah)
seluar kecik dan baju kecik jangan lupa lak… me pakai disposable panties je..
dan tuala wanita sekiranya perlu (beli yg mudah cuci)
toiletries
knee guard - sekiranya perlu
ankle guard - sekiranya perlu
lipbalm (bawa naik ke puncak sebab bibir boleh kering dan pecah)
koyok / yoko2 (utk sengal2 otot)
baju hujan - kalo hujan otw dan baju tak kalis air
contact lense & pencuci - me rabun, so me pakai contact lense je masa daki
powerbank 
tisu basah - sejuk diatas sana, leh lap ketiak bagai .. haha
biskut/coklat/energy bar - sgt2 perlu utk perjalanan pendakian
botol air/termos kecil 
panadol/ubat selesema/pain killer
maggie - boleh kalo nak bawa kot lapar masa kat laban rata
plastik sampah/plastik baju kotor
air zamzam - sekiranya ada
tongkat - leh sewa kat timpohon gate/mesilau, or beli sendiri RM15
plaster luka dan 
CAMERA!

BANYAKKAN?!! hahaha.. yang pakaian diatas semua me pakai tau.  Takpe, nanti me citer satu2 apa yg me pakai dan di mana me pakai benda2 tu semua. 



Haaa… nampak me dah pack barang… maggie tu me tak makan pun, me sedekah kat member yg lapar. tongkat tu me beli bersekali dgn member opis, harganya RM15.  termos kecik tu me beli juga kat giant tak ingat berapa tapi belas2 ringgit je.Bag karimor tu me pinjam dari Hazman.. baik ati dia kasi pinjam bag - baru lak tu! adohai, payah nak jaga barang org ni…so, me bawa ni je lah utk ke sana.  Headlamp tu me pinjam kat abg me.  Sandal me beli (xde gambar) dan juga kasut me pinjam hairul. Wah, byk nya benda me pinjam.  Me beli 20kg nyer baggage AA.  Bila timbang, cuma 14kg je utk dua2 bag ni.

Me tak dpt nak pakai azlie nyer baju sejuk sebab besar, me pinjam snowcap dan glove azlie, dan juga pogie nya glove.  so me bawa 2 glove, satu yg kain, satu yg kalis air.  Azlie nya kali air.  Tapi me tak pakai pun yg pogie nya sbb rimas.  Me pakai yg azlienya je bila nak ke puncak.  Lagi, benda apa ye yg me pinjam?? hehehehe.. tak malu kan.. pinjam barang org… me sgt2 bersyukur dan berterima kasih pada yg sudi meminjamkan barang pada me sebab me mmg dah tak terdaya nak keluar duit utk beli barang2 tu semua.  Me pun tak byk reserve utk benda2 semua tu.  Cuma me beli kat Amcorp mall baju sejuk yg sesuai dgn me, dpt 2 helai dgn harga RM100 tp me cuma pakai sehelai je.  Kualitinya baik dan memuaskan. Me juga beli thermalwear, seluar dan baju di UNIQLO, sebab masa tu UNIQLO mmg tgh sales baju winter.  Wah, teruja sgt tgk baju2 sejuk UNIQLO.  Habis kat situ bwh RM120 kot. Puas ati.

Senarai barang2 perlu ada, jgn main tanya org je.. sebab takut nanti tertinggal dah tak sempat nak cari kat sana.  Kita pun jenis tak suka susahkan org kan.. jadi kena serius sket benda ni. 

0 ulasan:

 

Dari Hati © 2011 By NC