Rabu, November 06, 2013

memori kinabalu

Assalamualaikum wbt.
Perancangan Allah adalah yg terbaik. 
Pada pertengahan september lepas, kami berdua - me n pogie ambil kesempatan honeymoon ke kota kinabalu. me dah bbrp kali sampai tp sampainya me ke sana atas sebab kursus bagai. so this time mmg me bawa pogie untuk habiskan masa berjalan di KK dan juga di Kundasang. Berdua je sebab mmg niat nak ke sana berdua2an. hehe. tp utk entry kali ni me bukan nak citer pasal trip me n pogie ke KK, tp me nak cite tentang me telah berjaya menawan puncak gunung kinabalu! hahaha... dahsyat me nih! Allahu akhbar... semuanya dgn kudrat yg Allah pinjamkan pada me sebenarnya. 
Okey, maybe this entry panjang sikit dari entry yang sebelumnya... muahahaha.. lama tu tak buat entry baru, setahun lebih.  Ada dalam draft je tak publish, me bukan mcm yg lain rajin mengadap laptop menyusun ayat bagai.. me tunggu mood menjemput me ngadap laptop je, biarpun hari2 mengadap laptop dan iphone, mood nak mengarang dari hati payah betul nak wujud.
Ok, back to my story. 
Kelab Kembara MyIPO (opis) ada buat xtvt IP Climb 2013 bersempena dengan sambutan 10 tahun MyIPO diperbadankan.  Me mmg tak bagi nama pun utk sertai dan rasanya penyertaan terhad kepada 30 peserta sahaja.  Tak tau bila penyertaan dibuka, mungkin seawal bulan Mei kot rasanya tapi mmg tak bagi namalah sebab me dgn pogie mmg dah ada plan nak g KK utk honeymoon bulan september.  dan lagi tak de agenda pun nak memanjat gunung kinabalu tu.  So, dup dap dup dap, dah pun akhir Ogos dan juga nak masuk bulan september.  Me n pogie g KK pada pertengahan bulan September 2013.  Lepas balik dpd KK tu, kat opis dah sibuk dgr pasal training dan persediaan utk kawan2 yang nak mendaki Gunung.  Masa tu baru ada rasa hangatnya bunyi2 training sebab kami masing2 suka ucap selamat berjaya kat mereka. Rupanya mereka dah start training lama dah, mungkin 3-4 bulan sebelum tu dah start.  Dengar dah ke gunung nuang, irau, bukit broga dan mcm2 xtvt lagi. 
Macam mana me leh terjebak lak ek?
Huhu... ok, kisahnya bila me dpt tahu ada yg terpaksa tarik diri sebab namanya telah dicalonkan untuk mengikuti kursus ke oversea.  So, dia kena let go utk menyertai pendakian gunung kinabalu.  So, kita pun risik2 la, risik2 je pun kan... tanya boleh masuk lagi ke, diorg kata, boleh kak, akak fit... jadi me pun tanya pogie, pogie macam berat hati nak bagi walaupun diizinkan pergi.  Me tak sedap hati.  Kisah me n pogie sebenarnya, kami plan nak daki gunung kinabalu ni next year. Haaaaa kan dah buka kisah lain dah pulak kan... hehehe.. byk betul perancangan kami ni.. merancang je, jadinya tak tau lagi.  So, bila pogie macam berat ati gitu, me pun diam je. tak de lah rasa terkilan ke apa ke, tp ada sedikit keterujaan dengan pendakian ke gunung kinabalu ni.   
Ok, then, kawan me, pyka namanya (Shafikah), adalah salah seorang peserta daki gunung.  Dia bgtau me, kalo me nak gi, gantilah dia.  Dia kata dia tak training apapun, cuma dah beli kasut utk mendaki.  Dia kata dia mcm tak confident sebab maknya tak berapa nak restu dia nak mendaki gunung tu.  Dia dah rasa mcm ketinggalan dgn kawan2 lain yg sibuk training.  Me berpk lagi.. betul ke dia xnak pergi?  Mula me tolak, me tak de lah bersungguh pun nak pergi tapi me pk2 gak.  Then me tanya pogie, pogie pun bagi izin untuk me join.  Me tanya pogie bbrp kali sebab me tak nak pogie macam terpaksa bagi me pergi sebab me beria2 nak pergi.  Restu tu penting okeh! haha...
Bila pogie izinkan me pergi join IP Climb ni, me mulalah buat risikan.  Pertama sekali me mmg byk sangat buka blog pasal pengalaman dan tips mereka yang telah menawan puncak tertinggi di asia tenggara ni.  Me juga risik gak me punya RM, barang2, flight tiket dan fizikal dan mental me. huhu.. bukan senang woooo nak2 me join last minit.  Masa tu dah kat akhir september dan tarikh pendakian adalah pada 27-28 oktober.  Sempat ke nak training ni?
Me pun bagtau kelab berkenaan pertukaran nama tersebut dan AJK kelab minta me booking dulu flight tiket dan bila dah beli flight tiket baru leh confirm me pergi.  Betul gak tu kan.
Peserta yang yg join IP Climb ni cuma perlu bayar RM500 yg mana selebihnya subsidi dari Kelab sendiri. kiranya byk gak lah MyIPO sponsor mungkin lebih dr separuh.  Me kena beli tiket penerbangan ke KK sendiri dgn RM500 tu, dan kebetulan AA ada buat promosi RM66 pergi dan RM66 balik. So add on semua RM240 pergi balik (pilih seat + Baggage 20kg pergi balik). Oklah, itu pun yg dalam bajet, kalo kat RM300 mmg berpk2 gak utk pergi.  RM200 lagi adalah untuk pengurusan/bayaran keperluan pendakian.
Next, bila me tgk senarai barang yg perlu dibawa dan diperlukan, me dah jadi risau sangat2.  Dan me rasa tak cukup nafas.  Sebabnya, byk barang yg me mmg tak de, especially mcm baju sejuk, termal wear, cap, glove dan mcm2 lagi.  Me panic sebab me bayangkan barang2 tu mesti la mahal kan.. dan nak RM lagi.  dahlah kami gaji awal bulan ni, sebab deepavali, so nak kena tunggu 30 hari lagi utk dapat gaji bulan november.  tak  gila.  Me rasa me kena pandai cut cost dan juga pandai cari barang. Me amik keputusan untuk jumpa kawan2 otai yg kebanyakkannya budak2 lelaki yg dah pun pernah daki gunung kinabalu dan juga ada pengalaman pasal panjat memanjat ni.  Tapi sebelum tu me jumpa ina dulu.  Ina pun antara pesertanya tapi ina dah start training dgn diorg g irau dan nuang dulu.  Bila dia cerita pasal barang2 me dah mcm gelap masa depan.  Sebab dia sebut byk jenama dan pengeluaran RM keatas barang2 yg diperlukan... huhuhu... takutnya me...
Bila me terserempak dgn joe (peserta juga), dia byk bagi perangsang pada me, dia kata me leh buat sebab me fit, me main futsal bagai... ok, itu sedikit menenangkan.  Me jumpa Hazman, dia ni mmg otai panjat memanjat dan pasal outdoor.  Me minta man tolong tgk list barang yg mana betul2 perlu.  Man byk melegakan me, man bgtau dia leh bagi pinjam bag karimor dia. ok, settle satu hal.  Then hairul datang tempat me tanyakan, 'akak ada kasut tak? kalo tak de, leh pinjam kasut saya'... ya Allah baik nyer mereka ni.  Dan nasib baik saiz me mmg secocok dgn saiz kasut hairul.  Alhamdulillah.  Resah me tak kesudahan lagi sebab baju sejuk, headlamp, glove, dan bbrp barang takde lagi.  Me pun jumpa khaty dan meluahkan perasaan kat dia. Kathy bukan peserta tapi me rapat gak dgn dia.  Dan khaty bagitau, 'akak jgn risau, saya minta azli (hbnya) pinjamkan baju sejuk, glove, cap, stoking semua kat akak, dia pernah pergi dulu cuma tak sampai puncak je.'  ya Allah, masa tu rasa lega sangat2.  Headlamp me pinjam abang me dan faiz punya.  Cuma me beli termalwear (seluar dan baju) takut sejuk kat atas sana.  Lain2 barang pun me tak abis byk, adalah dalam RM200 gitu.  Alhamdulillah.  Me rasa bersyukur kepada Allah Taala sebab byk benda yg dipermudahkan.  Daripada pembelian tiket penerbangan sehinggalah ke me selesai mendaki dan balik ke opis balik dgn kesihatan yang tip top.

Macam mana dengan training?

Me training start sendiri dengan berjogging kat Tasik Perdana. Dapat buat 2 round pun dah ok, lepas tu buka youtube kat umah, berzumba dan aerobik sakan.  Me rasa tak sampai 7 kali kot me buat tu semua sebelum tarikh pendakian.  Me mmg risau sangat dgn keadaan fizikal me dan mental me.  Tapi me gagahkan juga mengatakan me leh buat.  Seminggu sebelum kami ke KK, 5 dpd peserta IP Climb (termasuk me), ke gunung irau.  Kami cuma naik sampai lolo' je sebab masa seperti tak mengizinkan kami utk naik ke pacat dan ke puncak.  Itulah pengalaman pertama me panjat gunung.  Selain daripada tu, cuma ada pengalaman camping dan meredah desa je.  Tu pun zaman muda belia dulu.  Rata-rata me baca blog mereka yg dah ke berjaya ke kinabalu, memulakan training paling sedikit 3 bulan sebelum pendakian.... errrrrkkkk... buat me tercekik sekejap... fuhhh!




Wah, sungguh lah mencabar minda me untuk xpdc kali ni.  Walau apapun, me rasa sgt bertuah kerana sokongan kawan2 perjuangan dalam segala segi, baik material, mental n fizikal semuanya memberikan kata2 semangat tak putus2.

Syukur Alhamdulillah..  Tunggu entry seterusnya ok...   

0 ulasan:

 

Dari Hati © 2011 By NC