Jumaat, November 08, 2013

IP Climb Day Two

IP CLIMB ~ Day Two 27/10/2013, Sabtu

Ok, malam tadi kita tido awal, pkl 11 lebih, lepas kemas2 barang, asingkan barang mana yg nak diangkut sendiri dan juga barang yg nak upah porter bawa.  Kena cukup tido tau, at least 6 jam utk kerahan tenaga esok.  Hmmm mmg tak dpt bayangkan mcm manakah perjalanan naik ke atas sana dan dari Laban Rata ke Low's Peak (puncak).  Tapi tak moh pk byk2, larat tak, perut leh tahan tak… Malam tadi tido pun terjaga jam 3pg tapi dapat tido balik dan bangun pkl 4 lebih. Kawan lain bangun subuh jam 5 pg. 

Alhamdulillah, cuaca sangat baik hari ni.  So, pkl 7 tu kitorg semua turun bekpes kat balsam restaurant, makan ckp tenaga.  Untuk bawa ke laban rata, mcm baju sejuk dan baju persalinan, kita pakai satu bag je utk porter bawa, kami berempat guna bag bibah sebab bag bibah besar (rucksack), so, 1kg =rm10, so semuanya rm130.  Tapi bag yg dibawa sendiri masih berat, nak tak nak kena angkut gak. Adoi, mau 4kg-5kg gak kot.  Tulang belakang me dah lah tak kuat mana.  Tapi nak tak nak kena gak la menggalas beg tu.  Minta2 me tak de masalah tulang belakang lepas XPDC ni. Tapi next trip kalau berkesempatan mendaki lagi, me nak buat macam yani, dia simple, dia tak bawa baju hujan, dia nye jaket kalis air, dia tak bawa baju spare pun, dan dia pakai baju yg dia naik ke laban rata utk ke low’s peak. So, dlm bag dia cuma ada snack dan keperluan dalaman serta toiletries je, dan mana yg perlu utk dipakai kat atas sana spt headlamp dan glove. 

Barang2 lain yg tak perlu, kami tinggalkan dlm van, tu pun kena charge sebab guide tolong jagakan, satu bag dia kira RM10.  Ok lah tu.

Kami start dari Timpohon gate dengan perasmian oleh presiden kelab dan juga timbalan presiden kelab.  KP x dpt hadir.  Sebelum bergerak, kami diberi briefing berkenaan perjalanan, keselamatan dan soalan jika perlu.  Lepas tu kami akhiri dengan bacaan doa.

Pendakian bermula jam 9.15pg.  Disini ringkasan perjalanan dari pondok ke pondok.


Pondok Kandis 1KM         - 9.20pg
Pondok Ubah                  - 9.37pg               
KM 2                    – 9.56
KM2.5                   – 10.15
KM3.5                   -11.03
KM4                     – 11.23
KM 4.5                  – 11.33 (lama sikit sebab masuk toilet)
KM5                     -12.35
KM5.5                   -1.00ptg
Laban Rata KM6.5 – 1.31 ptg

Mmg mencabar betul mendaki 6.5km ke laban rata.  Me, yani n mat zaini, kami tak banyak berhenti, cuma 2 kali je, makan sikit dan juga me masuk bilik air. Tapi sib baik dpt catch up yani n mat.  Diorg tunggu je kalo me semput. 

Yg kemudian tiba selepas kami jam 2.45 ptg.  Ina n amalina… hehehe..

Petang tu kami makan di restoran.  Malam ni kena tido awal, jam 8, pg jam 12 lebih dah kena bangun utk persiapan ke low’s peak! Wuhuuuuu….

28 Oktober 2013 (Ahad) – 1 pagi.

Kami menginap di Gunting Lagadan Hut.  Pergh, giler mmg sejuk.. masa kami sampai tu dah kena pakai jaket dah. Itu pun masih awal lagi.  Jam 4.30 ptg restoran dah buka untuk makan malam.  Kami makan dan sempat bergambar sebelum masuk bilik.  Me kongsi katil dengan yani. Bilik kami terlebih seorg, tp me tak kisah, elok gak tido berhimpit sebab sejuk.  Apapun, persediaan mental sgt2 lah penting ketika ini.  Me rasa down juga la, sebab mcm tak yakin dpt join naik atas pagi nanti… Sungguh seriau memikirkan keupayaan me yg tak berapa buat latihan ni.  Tapi kan uolls, makan kat restoran di Laban Rata mmg best dan sedap.  Mmg ramai la umat yg mendaki time kami pergi tu.  Yang best kami support each other… tengok gelagat masing2 yg rasanya rata2 first time sampai di Laban Rata terserlah keterujaannya.  Me pun sama… tak sangka me sampai gak ke peringkat ni.

Ok, kat hut kami tak de air panas ye… jgn harap korg nak mandi sedap2 je… buka air nak basuh kencing pun menjerit kesejukan.  Dalam keadaan me ni lagi lah.. disarankan bawa tisu basah ye.  Tu lah, nak wat mcm mana kan.. alah biasa tegal biasa… hahahahaha… adoyai… Me mandi pun ala kadar.. sejuk beb! 

Kami tutup lampu jam 8 mlm, sebab itu yg dipesan guide supaya kita ckp rehat utk pendakian pagi esoknya.  DAN serius, me tak dpt tido langsung!! Me sakit perut, perut ada angin… me dah resah gelisah… pusing sana, pusing sini, perut tak gak selesa… me sapu minyak panas.. me terkentut2.. ni salah satu simptom altitude sickness kah? Adohai.. belum lagi memanjat ke low’s peak…  Sehingga la pkl 1pg… Me bangun…kawan lain juga bangun… me diam tak bagitau masalah kerisauan me pada member lain.  Dan ada yg menarik diri utk ke low’s peak sebab kondisi diorg yg tak mengizinkan.  Me rasa mcm nak tarik diri je time tu.. me rasa mmg me tak leh buat la… perrrgghh ni mmg konflik dalaman kritikal me.  Me nak bgtau kat guide me tak larat, tp ada yg degil dlm hati ni  memaksa me teruskan pendakian.  Kalo tak larat, kita patah balik, bisik hati kecik me ni.

Kami bangun dan siap sedia utk turun makan di restoran.  Me langsung tak leh jamah… perut me tak selesa langsung time tu.  Me n yani naik ke hut kami sebab dgr nya briefing kat atas sana.  Budak2 lelaki rata2 tak turun ke restoran.  Mereka makan di hut saja.  Me nak memanjat dari restoran ke hut kami pun me semput (200m).. mcm mana me nak manjat karang… Ya Allah, pinjamkanlah kudratMu  ya Allah.

Lepas briefing, jam 2.45, kami dilepaskan untuk pendakian ke Low’s peak jam 3.15pagi.  Ikutkan mmg dah lewat sangat permulaan pendakian kami.  Mmg ramai la time kami sama2 naik tu, sebab byk group lain juga yg mendaki pada waktu tu.

Antara kami ada yg tak sampai 50m dah give up dan surrender.  Me jalan sendirian… me tak tau me bersaing dgn siapa.  Masa ni lebih byk bermonolog dgn diri sendiri.  Antara rasa tak percaya, rasa tak yakin, rasa nak give up dan rasa nak patah balik.  TAPI tak de pun yg menyokong me utk patah balik.

Ok, pendakian dari Laban Rata ke Low’s Peak….

#jgn lupa bawa bekalan semasa naik ke puncak (coklat bar or choki2 dan air 100plus).

0 ulasan:

 

Dari Hati © 2011 By NC