Jumaat, November 08, 2013

IP Climb Day Two

IP CLIMB ~ Day Two 27/10/2013, Sabtu

Ok, malam tadi kita tido awal, pkl 11 lebih, lepas kemas2 barang, asingkan barang mana yg nak diangkut sendiri dan juga barang yg nak upah porter bawa.  Kena cukup tido tau, at least 6 jam utk kerahan tenaga esok.  Hmmm mmg tak dpt bayangkan mcm manakah perjalanan naik ke atas sana dan dari Laban Rata ke Low's Peak (puncak).  Tapi tak moh pk byk2, larat tak, perut leh tahan tak… Malam tadi tido pun terjaga jam 3pg tapi dapat tido balik dan bangun pkl 4 lebih. Kawan lain bangun subuh jam 5 pg. 

Alhamdulillah, cuaca sangat baik hari ni.  So, pkl 7 tu kitorg semua turun bekpes kat balsam restaurant, makan ckp tenaga.  Untuk bawa ke laban rata, mcm baju sejuk dan baju persalinan, kita pakai satu bag je utk porter bawa, kami berempat guna bag bibah sebab bag bibah besar (rucksack), so, 1kg =rm10, so semuanya rm130.  Tapi bag yg dibawa sendiri masih berat, nak tak nak kena angkut gak. Adoi, mau 4kg-5kg gak kot.  Tulang belakang me dah lah tak kuat mana.  Tapi nak tak nak kena gak la menggalas beg tu.  Minta2 me tak de masalah tulang belakang lepas XPDC ni. Tapi next trip kalau berkesempatan mendaki lagi, me nak buat macam yani, dia simple, dia tak bawa baju hujan, dia nye jaket kalis air, dia tak bawa baju spare pun, dan dia pakai baju yg dia naik ke laban rata utk ke low’s peak. So, dlm bag dia cuma ada snack dan keperluan dalaman serta toiletries je, dan mana yg perlu utk dipakai kat atas sana spt headlamp dan glove. 

Barang2 lain yg tak perlu, kami tinggalkan dlm van, tu pun kena charge sebab guide tolong jagakan, satu bag dia kira RM10.  Ok lah tu.

Kami start dari Timpohon gate dengan perasmian oleh presiden kelab dan juga timbalan presiden kelab.  KP x dpt hadir.  Sebelum bergerak, kami diberi briefing berkenaan perjalanan, keselamatan dan soalan jika perlu.  Lepas tu kami akhiri dengan bacaan doa.

Pendakian bermula jam 9.15pg.  Disini ringkasan perjalanan dari pondok ke pondok.


Pondok Kandis 1KM         - 9.20pg
Pondok Ubah                  - 9.37pg               
KM 2                    – 9.56
KM2.5                   – 10.15
KM3.5                   -11.03
KM4                     – 11.23
KM 4.5                  – 11.33 (lama sikit sebab masuk toilet)
KM5                     -12.35
KM5.5                   -1.00ptg
Laban Rata KM6.5 – 1.31 ptg

Mmg mencabar betul mendaki 6.5km ke laban rata.  Me, yani n mat zaini, kami tak banyak berhenti, cuma 2 kali je, makan sikit dan juga me masuk bilik air. Tapi sib baik dpt catch up yani n mat.  Diorg tunggu je kalo me semput. 

Yg kemudian tiba selepas kami jam 2.45 ptg.  Ina n amalina… hehehe..

Petang tu kami makan di restoran.  Malam ni kena tido awal, jam 8, pg jam 12 lebih dah kena bangun utk persiapan ke low’s peak! Wuhuuuuu….

28 Oktober 2013 (Ahad) – 1 pagi.

Kami menginap di Gunting Lagadan Hut.  Pergh, giler mmg sejuk.. masa kami sampai tu dah kena pakai jaket dah. Itu pun masih awal lagi.  Jam 4.30 ptg restoran dah buka untuk makan malam.  Kami makan dan sempat bergambar sebelum masuk bilik.  Me kongsi katil dengan yani. Bilik kami terlebih seorg, tp me tak kisah, elok gak tido berhimpit sebab sejuk.  Apapun, persediaan mental sgt2 lah penting ketika ini.  Me rasa down juga la, sebab mcm tak yakin dpt join naik atas pagi nanti… Sungguh seriau memikirkan keupayaan me yg tak berapa buat latihan ni.  Tapi kan uolls, makan kat restoran di Laban Rata mmg best dan sedap.  Mmg ramai la umat yg mendaki time kami pergi tu.  Yang best kami support each other… tengok gelagat masing2 yg rasanya rata2 first time sampai di Laban Rata terserlah keterujaannya.  Me pun sama… tak sangka me sampai gak ke peringkat ni.

Ok, kat hut kami tak de air panas ye… jgn harap korg nak mandi sedap2 je… buka air nak basuh kencing pun menjerit kesejukan.  Dalam keadaan me ni lagi lah.. disarankan bawa tisu basah ye.  Tu lah, nak wat mcm mana kan.. alah biasa tegal biasa… hahahahaha… adoyai… Me mandi pun ala kadar.. sejuk beb! 

Kami tutup lampu jam 8 mlm, sebab itu yg dipesan guide supaya kita ckp rehat utk pendakian pagi esoknya.  DAN serius, me tak dpt tido langsung!! Me sakit perut, perut ada angin… me dah resah gelisah… pusing sana, pusing sini, perut tak gak selesa… me sapu minyak panas.. me terkentut2.. ni salah satu simptom altitude sickness kah? Adohai.. belum lagi memanjat ke low’s peak…  Sehingga la pkl 1pg… Me bangun…kawan lain juga bangun… me diam tak bagitau masalah kerisauan me pada member lain.  Dan ada yg menarik diri utk ke low’s peak sebab kondisi diorg yg tak mengizinkan.  Me rasa mcm nak tarik diri je time tu.. me rasa mmg me tak leh buat la… perrrgghh ni mmg konflik dalaman kritikal me.  Me nak bgtau kat guide me tak larat, tp ada yg degil dlm hati ni  memaksa me teruskan pendakian.  Kalo tak larat, kita patah balik, bisik hati kecik me ni.

Kami bangun dan siap sedia utk turun makan di restoran.  Me langsung tak leh jamah… perut me tak selesa langsung time tu.  Me n yani naik ke hut kami sebab dgr nya briefing kat atas sana.  Budak2 lelaki rata2 tak turun ke restoran.  Mereka makan di hut saja.  Me nak memanjat dari restoran ke hut kami pun me semput (200m).. mcm mana me nak manjat karang… Ya Allah, pinjamkanlah kudratMu  ya Allah.

Lepas briefing, jam 2.45, kami dilepaskan untuk pendakian ke Low’s peak jam 3.15pagi.  Ikutkan mmg dah lewat sangat permulaan pendakian kami.  Mmg ramai la time kami sama2 naik tu, sebab byk group lain juga yg mendaki pada waktu tu.

Antara kami ada yg tak sampai 50m dah give up dan surrender.  Me jalan sendirian… me tak tau me bersaing dgn siapa.  Masa ni lebih byk bermonolog dgn diri sendiri.  Antara rasa tak percaya, rasa tak yakin, rasa nak give up dan rasa nak patah balik.  TAPI tak de pun yg menyokong me utk patah balik.

Ok, pendakian dari Laban Rata ke Low’s Peak….

#jgn lupa bawa bekalan semasa naik ke puncak (coklat bar or choki2 dan air 100plus).

Menawan Puncak Gunung Kinabalu

IP CLIMB ~ Day One 26/10/2013, Jumaat


6.10 pagi tiba di LCCT.  Pogie anta me.  Baik ati dia tolong anta me.  Takde la me terkontang kanting sensorg kat LCCT ni, sebab geng yg lain naik MAS, me je kot naik AA.  Sebab nak kan tambang murah.  Me kan lambat booking flight, nak booking MAS tp harga nya dah lain, xmcm masa diorg booking hari tu.  Ok lah, me boleh je sensorg, in shaa allah.  Me akan jaga diri bebaik ye pogie.  Me kan nampak mcm gangster sket... muahahaha... in shaa allah, me ingat Allah, Allah igt me..
 
 
Oh ye, flight me pkl 7.50pg.  So, hari ni me akan sampai awal dpd yg lain yg penerbangannya hari ni.  So, me kena tunggu mereka kat terminal nanti.  Ada juga yg dah pergi awal dpd kami, meke nak berjalan2 kat KK dulu sebelum naik gunung. 
 
 
Dah sampai tu, me terus check in luggage. senang dah kali ni, tau bebenor dah nak wat pe bila sampai airport ni.  Pengalaman mengajar kita jadi pandai dan bijak.  Ahaks.. ok, me belum subuh lagi. Me pun tercari2 mana ler surau nyer.. igtkan sekitar dalam bangunan, rupanya kena jalan sikit. Luar sikit dpd bangunan. Takpe, mungkin situ lebih selesa dan tak crowded.  Mmg tak ramai org dah sebab kat pkl 6.40 dah masa tu.  Lepas tu, me dah boleh check in dah, me lenggang je sebab 2 bag tu me masuk kargo.  Me amik 20kg, tp timbang tadi cuma 14kg je.  Tak pelah, takut je kalo tak lepas sebab tak tau nak agak berapa berat bag.  Satu bag troli, satu rucksack en. man.  Senang nak kenal, kaler pink karrimor. hehe...
 
 
Me tak makan pun, tunggu sampai KK nantilah baru me cari makan.  Flight kali ni tak delay.  Senang ati me. Xde lah me susah ati resah jiwa menunggu waktu penerbangan. me nak cepat sampai je kat sana.
 
 
Alhamdulillah, me selamat sampai KK jam 10.30pg.  Cun!  Amik bag terus g cari makan sebab rasa lapar.  Perut kosong keroncong kepala udah penin.  Sebelum tu siap2 report dulu melalui watsapp pada group member berkenaan ketibaan me kat KK. Makan KFC je utk alas perut.  Mmg tak lalu nak makan KFC tp telan je lah sebab terminal 2 ni tak byk pilihan pun. 
 
 
Ok, kita tunggu umi datang. Umi yg menguruskan pengangkutan kat sini.  Pkl 11.30 umi sampai dan kita lak teman dia makan kat gloria jeans.  Umi dari KK naik teksi ke terminal 2, rm30 upah teksi katanya.  Jam 12.35 kami gerak ke ke terminal 1 dgn menaiki van yg telah termasuk dalam pakej utk fetch kawan2 yang menaiki penerbangan MAS pulak.  Ada 3 van untuk jemput kami semua.  Lepas tu barulah kami gerak sama2 ke Nabalu Park yg akan mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan. 
 
 
Okeh, sebelum kami teruskan perjalanan ke Nabalu park, kami benti makan dulu di grace point.  dapat tahu yg kami akan diberikan elaun makan sebanyk RM50 utk setiap peserta selama kami berada 3 hari di sini.  Walaupun hanya RM50, tp ok lah tu sebab lain2 makan semua disediakan selama kami berada di nabalu park, juga di gunting lagadan. 
 
 
Me makan nasi berlauk sup. RM7, air tak order pun.  Sup nya kuat betul bau bahan perisanya.  Tak pelah, wat alas perut je pun.  kami gerak ke nabalu park jam 2.15ptg.
 
 
Alhamdulillah kami tiba di nabalu park jam 4.30ptg.  Sempat sembahyang di kaunter bawah tu sementara tunggu penempatan bilik utk kami.  Masa sampai di nabalu park, ya allah, cuacanya sejuk sgt2.  Kabus keluar dari mulut.  Tapi nyaman je.  Malam nanti macam manalah agaknya.  Amik air sembahyang pun kejap je.  Ada gak yg terjerit sebab terkejut dgn kesejukan air.
 
 
Bilik kami di rock hostel - rock 3, bilik ada 2 katil double decker, kami 5 org so ada extra tilam diletakkan ditgh2 antara dua double decker tu.  Me lah yg volunteer duk tgh tu.  Ok wat, nampak semua org.. hahah.. bestnya tido berhimpit waktu2 sejuk ni.  dua bilik lagi menempatkan 6 org kawan kami yg lain +2 org yg menumpang ekspedisi ini.  Bilik ni selesa ok, tilam empuk.  bilik air kongsi, di dalam bilik air ada ada 2 bilik mandi, 2 sinki dan juga 2 jamban, sgt bersih, dan selesa sgt2.  ada air panas juga.  Nasib baik.  Kami sembahyang jamak qasar.  mandi juga ler sebab ada air panas kan.
 
 
OK, Best friend wanita lak tetiba datang...!! igtkan sempat naik gunung dulu, tp tak dan lak, dia dah datang.  tak pelah... minta pada Allah untuk permudahkan perjalanan.  Nasib baik mmg bawa pad herba susen. bagus pad herba ni(excuse me guys)... 
 
 
Oh ye, me sebilik dengan ina, yani, bibah dan juga sofea (pea)... best tau sebilik dgn diorg ni, sekepala, first time duduk sebilik tp semua ok sgt2.  Ina dengan mulut celotehnya, yani yg dah ada pengalaman naik gunung... pea cool n bibah leh tahan mulut lasernya.. me - just me! hihi..


Ok, then pkl 7, kami semua bersiap utk ke Balsam Restaurant utk makan malam.  Suasananya amat2 la sejuk, mencengkam sampai ke tulang hitam... Best la duduk berhimpit dalam van. 


Di Balsam restaurant ni, makannya sedap2 belaka dan pelbagai. Abih penuh pinggan dengan nasi. Kononnya nak memilih sikit makan takut esok semput, ermmm tak de maknanya sebab mengenangkan kita perlukan energy utk pendakian esok.  Cuma agak risau sikit ler sebab takut sakit perut, kot sana takde tandas or perut tak selesa sepanjang perjalanan.


Lepas makan, jam 8.30mlm kami ada briefing sikit pasal pendakian esok.  Kena pasang telinga bebetul dan dgr apa mountain guide pesan, penting nih!  Me tak igt apa nama leader mountain guide ni.  Me time ni dah menggigil satu badan sebab kesejukan.  menyesal lak tak pakai glove dan cap... sejuk laaaaa!! 


Ok, lepas makan tu semua dlm pkl 9 lebih kami balik ke bilik balik.  Cuaca malam tu sangat baik, tak hujan walaupun kami mcm dgr ada hujan mencurah di luar bilik tp sebenarnya tidak. 


Jam 10.30 kami dah kena tido dan subuh adalah jam 4.44pg.  Ini bagi mendptkan tido dan tenaga yg cukup untuk pendakian esok.


Siap kemas barang utk esok dan plan utk upah porter bg bag yg berat itu.  kena gak la upah porter sebab tulang belakang tak larat nak pikul beban tu...


TUTUP LAMPU!
 Ni masih di LCCT lagi - keseorangan
 
 Dah tiba di KK - Makan KFC dulu utk alas perut
 
 Dah pun ada dlm van dan sedang menanti kawan lain
 belakang - Pea, Bibah,
Tengah - abg Pogie & Hafiz
Depan - ME & Yani
 
 ni UMI
 Makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang
 

 Dah tiba di Nabalu Park, sejuk giler... jam 4.30 ptg
 

 Makan malam di Balsam Restaurant  SEDAP!




 
 Hostel ROCK... best tido berhimpit!
 
Sedia untuk mendaki!

Khamis, November 07, 2013

Persediaan IP CLIMB 2013

Assalamualaikum wbt.

Wokeh, jom start dengan persiapan pendakian ke gunung kinabalu.

Sebenarnya me byk sgt rujuk kepada blog2 meke yg pernah ke gunung ni utk tips dan persiapan yg perlu sebelum mendaki.  ni untuk prepare mental n fizikal dan juga brg2 keperluan yg penting especially tatkala berada di laban rata.



Ni map trek dari dari kaki gunung ke Low's Peak.  Untuk makluman, setiap puncak gunung dan nama tempat diatas sana ada sejarahnya tersendiri.  Leh google berkenaan sejarah awal mereka yg pertama sekali berjaya menawan puncak gunung kinabalu.   Antara Nama2 tersebut yang diabadikan di sana ialah Low's Peak dan Gunting Lagadan.  

Untuk makluman, kesejukan dipuncak boleh mencecah sehingga -1 darjah celcius atau mungkin lebih sejuk dari itu.  Jadinya barang2 keperluan utk menghadapi cuaca sejuk sebegitu kenalah ada dan lengkap, supaya xsusahkan diri sendiri.  Lebih malang kita tak dapat naik ke puncak sebab tak cukup peralatan dan pakaian yg sesuai.  Seminggu sebelum kami menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu, cuaca di sana tak berapa baik, hujan dan ombak tinggi ketika itu, tapi kami tetap berserah dan banyak berdoa semoga Allah mempermudahkan urusan kami dan perjalanan kami lancar di sana nanti.

Ni adalah senarai keperluan me sendiri utk persiapan ke sana, u all punya ikut keselesaan dan keperluan, mungkin apa yg me perlu tak diperlukan u all, so pk abis2 k..  :

Baju panas - thermalwear 1
baju sejuk - 1
baju inner (turtle neck) - 2 
seluar track - 2
seluar tight -1
seluar slack -1
sarung tangan -1
headlamp -1
t-shirt -2 
(kelab me bg me 2 helai tshirt lagi disana, so tak yah t-shirt byk2)
sandal - me pakai masa turun gunung
kasut yg tapaknya sesuai utk mendaki tp ada juga yg pakai sandal, ikut keselesaan
buff headwear /mafla / shawl 
snowcap - ni pun pakai kat atas sebab sejuk, ikut keperluan sekiranya perlu
telekung sembahyang 
tuala kecil
stocking - 3 pasang (takut basah)
seluar kecik dan baju kecik jangan lupa lak… me pakai disposable panties je..
dan tuala wanita sekiranya perlu (beli yg mudah cuci)
toiletries
knee guard - sekiranya perlu
ankle guard - sekiranya perlu
lipbalm (bawa naik ke puncak sebab bibir boleh kering dan pecah)
koyok / yoko2 (utk sengal2 otot)
baju hujan - kalo hujan otw dan baju tak kalis air
contact lense & pencuci - me rabun, so me pakai contact lense je masa daki
powerbank 
tisu basah - sejuk diatas sana, leh lap ketiak bagai .. haha
biskut/coklat/energy bar - sgt2 perlu utk perjalanan pendakian
botol air/termos kecil 
panadol/ubat selesema/pain killer
maggie - boleh kalo nak bawa kot lapar masa kat laban rata
plastik sampah/plastik baju kotor
air zamzam - sekiranya ada
tongkat - leh sewa kat timpohon gate/mesilau, or beli sendiri RM15
plaster luka dan 
CAMERA!

BANYAKKAN?!! hahaha.. yang pakaian diatas semua me pakai tau.  Takpe, nanti me citer satu2 apa yg me pakai dan di mana me pakai benda2 tu semua. 



Haaa… nampak me dah pack barang… maggie tu me tak makan pun, me sedekah kat member yg lapar. tongkat tu me beli bersekali dgn member opis, harganya RM15.  termos kecik tu me beli juga kat giant tak ingat berapa tapi belas2 ringgit je.Bag karimor tu me pinjam dari Hazman.. baik ati dia kasi pinjam bag - baru lak tu! adohai, payah nak jaga barang org ni…so, me bawa ni je lah utk ke sana.  Headlamp tu me pinjam kat abg me.  Sandal me beli (xde gambar) dan juga kasut me pinjam hairul. Wah, byk nya benda me pinjam.  Me beli 20kg nyer baggage AA.  Bila timbang, cuma 14kg je utk dua2 bag ni.

Me tak dpt nak pakai azlie nyer baju sejuk sebab besar, me pinjam snowcap dan glove azlie, dan juga pogie nya glove.  so me bawa 2 glove, satu yg kain, satu yg kalis air.  Azlie nya kali air.  Tapi me tak pakai pun yg pogie nya sbb rimas.  Me pakai yg azlienya je bila nak ke puncak.  Lagi, benda apa ye yg me pinjam?? hehehehe.. tak malu kan.. pinjam barang org… me sgt2 bersyukur dan berterima kasih pada yg sudi meminjamkan barang pada me sebab me mmg dah tak terdaya nak keluar duit utk beli barang2 tu semua.  Me pun tak byk reserve utk benda2 semua tu.  Cuma me beli kat Amcorp mall baju sejuk yg sesuai dgn me, dpt 2 helai dgn harga RM100 tp me cuma pakai sehelai je.  Kualitinya baik dan memuaskan. Me juga beli thermalwear, seluar dan baju di UNIQLO, sebab masa tu UNIQLO mmg tgh sales baju winter.  Wah, teruja sgt tgk baju2 sejuk UNIQLO.  Habis kat situ bwh RM120 kot. Puas ati.

Senarai barang2 perlu ada, jgn main tanya org je.. sebab takut nanti tertinggal dah tak sempat nak cari kat sana.  Kita pun jenis tak suka susahkan org kan.. jadi kena serius sket benda ni. 

Rabu, November 06, 2013

memori kinabalu

Assalamualaikum wbt.
Perancangan Allah adalah yg terbaik. 
Pada pertengahan september lepas, kami berdua - me n pogie ambil kesempatan honeymoon ke kota kinabalu. me dah bbrp kali sampai tp sampainya me ke sana atas sebab kursus bagai. so this time mmg me bawa pogie untuk habiskan masa berjalan di KK dan juga di Kundasang. Berdua je sebab mmg niat nak ke sana berdua2an. hehe. tp utk entry kali ni me bukan nak citer pasal trip me n pogie ke KK, tp me nak cite tentang me telah berjaya menawan puncak gunung kinabalu! hahaha... dahsyat me nih! Allahu akhbar... semuanya dgn kudrat yg Allah pinjamkan pada me sebenarnya. 
Okey, maybe this entry panjang sikit dari entry yang sebelumnya... muahahaha.. lama tu tak buat entry baru, setahun lebih.  Ada dalam draft je tak publish, me bukan mcm yg lain rajin mengadap laptop menyusun ayat bagai.. me tunggu mood menjemput me ngadap laptop je, biarpun hari2 mengadap laptop dan iphone, mood nak mengarang dari hati payah betul nak wujud.
Ok, back to my story. 
Kelab Kembara MyIPO (opis) ada buat xtvt IP Climb 2013 bersempena dengan sambutan 10 tahun MyIPO diperbadankan.  Me mmg tak bagi nama pun utk sertai dan rasanya penyertaan terhad kepada 30 peserta sahaja.  Tak tau bila penyertaan dibuka, mungkin seawal bulan Mei kot rasanya tapi mmg tak bagi namalah sebab me dgn pogie mmg dah ada plan nak g KK utk honeymoon bulan september.  dan lagi tak de agenda pun nak memanjat gunung kinabalu tu.  So, dup dap dup dap, dah pun akhir Ogos dan juga nak masuk bulan september.  Me n pogie g KK pada pertengahan bulan September 2013.  Lepas balik dpd KK tu, kat opis dah sibuk dgr pasal training dan persediaan utk kawan2 yang nak mendaki Gunung.  Masa tu baru ada rasa hangatnya bunyi2 training sebab kami masing2 suka ucap selamat berjaya kat mereka. Rupanya mereka dah start training lama dah, mungkin 3-4 bulan sebelum tu dah start.  Dengar dah ke gunung nuang, irau, bukit broga dan mcm2 xtvt lagi. 
Macam mana me leh terjebak lak ek?
Huhu... ok, kisahnya bila me dpt tahu ada yg terpaksa tarik diri sebab namanya telah dicalonkan untuk mengikuti kursus ke oversea.  So, dia kena let go utk menyertai pendakian gunung kinabalu.  So, kita pun risik2 la, risik2 je pun kan... tanya boleh masuk lagi ke, diorg kata, boleh kak, akak fit... jadi me pun tanya pogie, pogie macam berat hati nak bagi walaupun diizinkan pergi.  Me tak sedap hati.  Kisah me n pogie sebenarnya, kami plan nak daki gunung kinabalu ni next year. Haaaaa kan dah buka kisah lain dah pulak kan... hehehe.. byk betul perancangan kami ni.. merancang je, jadinya tak tau lagi.  So, bila pogie macam berat ati gitu, me pun diam je. tak de lah rasa terkilan ke apa ke, tp ada sedikit keterujaan dengan pendakian ke gunung kinabalu ni.   
Ok, then, kawan me, pyka namanya (Shafikah), adalah salah seorang peserta daki gunung.  Dia bgtau me, kalo me nak gi, gantilah dia.  Dia kata dia tak training apapun, cuma dah beli kasut utk mendaki.  Dia kata dia mcm tak confident sebab maknya tak berapa nak restu dia nak mendaki gunung tu.  Dia dah rasa mcm ketinggalan dgn kawan2 lain yg sibuk training.  Me berpk lagi.. betul ke dia xnak pergi?  Mula me tolak, me tak de lah bersungguh pun nak pergi tapi me pk2 gak.  Then me tanya pogie, pogie pun bagi izin untuk me join.  Me tanya pogie bbrp kali sebab me tak nak pogie macam terpaksa bagi me pergi sebab me beria2 nak pergi.  Restu tu penting okeh! haha...
Bila pogie izinkan me pergi join IP Climb ni, me mulalah buat risikan.  Pertama sekali me mmg byk sangat buka blog pasal pengalaman dan tips mereka yang telah menawan puncak tertinggi di asia tenggara ni.  Me juga risik gak me punya RM, barang2, flight tiket dan fizikal dan mental me. huhu.. bukan senang woooo nak2 me join last minit.  Masa tu dah kat akhir september dan tarikh pendakian adalah pada 27-28 oktober.  Sempat ke nak training ni?
Me pun bagtau kelab berkenaan pertukaran nama tersebut dan AJK kelab minta me booking dulu flight tiket dan bila dah beli flight tiket baru leh confirm me pergi.  Betul gak tu kan.
Peserta yang yg join IP Climb ni cuma perlu bayar RM500 yg mana selebihnya subsidi dari Kelab sendiri. kiranya byk gak lah MyIPO sponsor mungkin lebih dr separuh.  Me kena beli tiket penerbangan ke KK sendiri dgn RM500 tu, dan kebetulan AA ada buat promosi RM66 pergi dan RM66 balik. So add on semua RM240 pergi balik (pilih seat + Baggage 20kg pergi balik). Oklah, itu pun yg dalam bajet, kalo kat RM300 mmg berpk2 gak utk pergi.  RM200 lagi adalah untuk pengurusan/bayaran keperluan pendakian.
Next, bila me tgk senarai barang yg perlu dibawa dan diperlukan, me dah jadi risau sangat2.  Dan me rasa tak cukup nafas.  Sebabnya, byk barang yg me mmg tak de, especially mcm baju sejuk, termal wear, cap, glove dan mcm2 lagi.  Me panic sebab me bayangkan barang2 tu mesti la mahal kan.. dan nak RM lagi.  dahlah kami gaji awal bulan ni, sebab deepavali, so nak kena tunggu 30 hari lagi utk dapat gaji bulan november.  tak  gila.  Me rasa me kena pandai cut cost dan juga pandai cari barang. Me amik keputusan untuk jumpa kawan2 otai yg kebanyakkannya budak2 lelaki yg dah pun pernah daki gunung kinabalu dan juga ada pengalaman pasal panjat memanjat ni.  Tapi sebelum tu me jumpa ina dulu.  Ina pun antara pesertanya tapi ina dah start training dgn diorg g irau dan nuang dulu.  Bila dia cerita pasal barang2 me dah mcm gelap masa depan.  Sebab dia sebut byk jenama dan pengeluaran RM keatas barang2 yg diperlukan... huhuhu... takutnya me...
Bila me terserempak dgn joe (peserta juga), dia byk bagi perangsang pada me, dia kata me leh buat sebab me fit, me main futsal bagai... ok, itu sedikit menenangkan.  Me jumpa Hazman, dia ni mmg otai panjat memanjat dan pasal outdoor.  Me minta man tolong tgk list barang yg mana betul2 perlu.  Man byk melegakan me, man bgtau dia leh bagi pinjam bag karimor dia. ok, settle satu hal.  Then hairul datang tempat me tanyakan, 'akak ada kasut tak? kalo tak de, leh pinjam kasut saya'... ya Allah baik nyer mereka ni.  Dan nasib baik saiz me mmg secocok dgn saiz kasut hairul.  Alhamdulillah.  Resah me tak kesudahan lagi sebab baju sejuk, headlamp, glove, dan bbrp barang takde lagi.  Me pun jumpa khaty dan meluahkan perasaan kat dia. Kathy bukan peserta tapi me rapat gak dgn dia.  Dan khaty bagitau, 'akak jgn risau, saya minta azli (hbnya) pinjamkan baju sejuk, glove, cap, stoking semua kat akak, dia pernah pergi dulu cuma tak sampai puncak je.'  ya Allah, masa tu rasa lega sangat2.  Headlamp me pinjam abang me dan faiz punya.  Cuma me beli termalwear (seluar dan baju) takut sejuk kat atas sana.  Lain2 barang pun me tak abis byk, adalah dalam RM200 gitu.  Alhamdulillah.  Me rasa bersyukur kepada Allah Taala sebab byk benda yg dipermudahkan.  Daripada pembelian tiket penerbangan sehinggalah ke me selesai mendaki dan balik ke opis balik dgn kesihatan yang tip top.

Macam mana dengan training?

Me training start sendiri dengan berjogging kat Tasik Perdana. Dapat buat 2 round pun dah ok, lepas tu buka youtube kat umah, berzumba dan aerobik sakan.  Me rasa tak sampai 7 kali kot me buat tu semua sebelum tarikh pendakian.  Me mmg risau sangat dgn keadaan fizikal me dan mental me.  Tapi me gagahkan juga mengatakan me leh buat.  Seminggu sebelum kami ke KK, 5 dpd peserta IP Climb (termasuk me), ke gunung irau.  Kami cuma naik sampai lolo' je sebab masa seperti tak mengizinkan kami utk naik ke pacat dan ke puncak.  Itulah pengalaman pertama me panjat gunung.  Selain daripada tu, cuma ada pengalaman camping dan meredah desa je.  Tu pun zaman muda belia dulu.  Rata-rata me baca blog mereka yg dah ke berjaya ke kinabalu, memulakan training paling sedikit 3 bulan sebelum pendakian.... errrrrkkkk... buat me tercekik sekejap... fuhhh!




Wah, sungguh lah mencabar minda me untuk xpdc kali ni.  Walau apapun, me rasa sgt bertuah kerana sokongan kawan2 perjuangan dalam segala segi, baik material, mental n fizikal semuanya memberikan kata2 semangat tak putus2.

Syukur Alhamdulillah..  Tunggu entry seterusnya ok...   

 

Dari Hati © 2011 By NC