Sabtu, Oktober 19, 2013

Assalamualaikum wbt.
Sambutan Hari Raya Aidil Adha baru je berlalu.  Tahun lepas hb bawa anak2 ke masjid untuk solat raya dan juga untuk tengok acara korban dijalankan.  Untuk tahun ni, kami tidak ada perancangan untuk membuat korban.  Jatuhnya cuti raya korban tahun ni hari selasa. Me tak cuti pulak isnin tu.  Lagi pun tak de plan nak ke mana.  Biras ajak balik besout. tp me ikut je la kalo pogie ajak balik.  Last2 pogie tanya, tak cuti ke senin? me bgtau, tak, sebab pogie pun tak bersuara apa2 utk raya haji.  So, kami balik besout juga lah raya haji tu. Kami gerak lepas me abis kerja.  Opis mmg lengang.  Me balik on time dan pogie dah siap bawa budak2 dan bag baju dlm kete masa amik me.  Kami juga puasa hari tu.  So, on the way tu kami buka puasa kat tanjung malim.

Best bila dapat kumpul ramai2.  Lama kami tak jumpa dan last jumpa pun masa raya puasa ritu.  Riuh la rumah mak bedah.  Malam masa kami sampai tu, ipar duai dah sibuk berBBQ.  Jadinya, kami terus join.  Mmg ada plan nak buat BBQ malam tu, saja suka2. sesekali berkumpul kan.  

Esok harinya, bapa2 bawa anak2 g masjid utk sembahyang raya.  Mak mentua buat korban juga tapi sembelihnya hari rabu (esoknya), jadi tak dapatlah budak2 ni tgk lembu kena sembelih.  Kami mula kerja dan sekolah dah esok.  

Masak apa ye raya haji? masak ketupat palas, sambal kacang, lemang (beli), daging masak itam, laksa penang, me rebus dan kek2 buatan ecah n wani.  Kalau kat sini mmg meriah sikit sambutan hari raya haji.  Adat ziarah menziarah kat sini mcm raya puasa pulak.  Berbeza kat Johor seingat me masa saya belum hijrah ke kuala lumpur, kami biasa2 saja.  Kadang macam tak de apa2.  Tapi me percaya, skrg ni kat JB pun meriah dgn adat ziarah menziarahi.

Okeh, sebelum kitorg balik ke tempat asal masing2 sebab esok dah sekolah n kerja, kitorg ni dah lama gian nak berphotoshoot… hahahaha… raya lepas tak byk amik gambar, so dlm perjumpaan kali ni, kita minta en pogie amik gambar kitorg yg gediksss ni… ahaks…





















I love them all termasuk abang photographer nih! haha… 

0 ulasan:

 

Dari Hati © 2011 By NC