Sabtu, Mei 04, 2013

Cuti-Cuti Langkawi

Assalamulaikum wbt.


Langkawi, first time g langkawi bila ye? tahun 2007 rasanya time ikut pogie pergi promosi kraf pada akhir tahun tu.  Lepas tu bila ajak pogie pergi lagi, dia takmoh, katanya, langkawi tak de apa2 yg menarik. Huhu… ati ni teringin nak pergi lagi, nak jalan2.  masa pergi dgn dia dulu tu mana ada jalan2 pun.  Sibuk berniaga siang dan malam.  Tapi akhirnya, kami sampai juga ke langkawi pada akhir bulan april thn ni.  Ni semua gara2 dapat tiket murah AA ke langkawi.  Jumlah tiket penerbangan kami semua termasuk baggage adalah RM540 kalo tak silap.  dengan 5 seat pergi dan balik.  Akhirnya… tapi masa tu booking thn sebelumnya, lama lah juga nak menunggu masa penerbangan ke langkawi sampai ilang rasa excitednya.  Sampai berkira2 lah nak pergi ke idak. Tapi akhirnya kami tiba juga di Langkawi.

Seperti biasa sebelum tu kenalah survey tempat hotel motel dan juga kereta sewa disamping tpt2 yang ingin dilawati.  Me memilih untuk menginap di pantai chenang, langkawi.  Sebabnya, pantai chenang waktu malam happening sikit dan me mmg tak de lah pasang niat nak membeli belah sakan kalo duduk di kuah pun.  Me rasa chenang sangat sesuai dan byk cenderamata yg anak2 me boleh beli sebagai buah tangan.  Malam di chenang pun hidup dan meriah.

Setelah survey dibuat, me menempah AB Motel untuk penginapan. AB motel ni betul di tepi laut chenang, dan ada bilik family dgn 2 queen bed.  Muat sgt utk me sefamily.  Dan lagi, dari komen yg diberikan oleh pengunjung AB Motel ni, semuanya memberikan 5 star utk motel tersebut.  So, me pun tanpa teragak2 menempah bilik utk dua malam.  Satu malam berharga RM120.  Then, me cari pulak kereta sewa.  Dapatlah sorg brother ni, sedang promosikan kereta sewanya, Mazda2, dgn harga RM70 sehari. kami sewa utk 3 hari.

nak menceritakan pengalaman hari penerbangan kami ke langkawi, aduhai, mmg sesak nafas dibuatnya.  Me masih bekerja hari tersebut, 29 april (hari isnin), esoknya cuti hari buruh.  Me selalu gitu kan, kedekut cuti… hehe… sanggup tak cuti dan me sanggup amik flight malam atau gerak malam lepas waktu bekerja.  

Jadinya masa hari penerbangan tu, me keluar office dlm pkl 5.30 petang, pogie dah siap bawa barang dan amik budak2.  Pogie hantar dulu kami ke kl sentral dgn kereta dan kemudian balik ke PENA utk tukar motor sebab pogie akan parking motor kat KL Sentral.  Flight penerbangan kami jam 9.15 malam.  Dah siap check in awal online dah time tu, tp kami kena check in luggage juga. Me dgn budak2 tunggu pogie kat KL Sentral lama juga, dlm masa 40 min. juga. Lepas tu kami bergegas amik naik tren KLIA dan benti di salak selatan.  Masa tu jam dah pkl 7 lebih dah. Kami sampai salak selatan dan amik bas ke LCCT.  Masa tu hujan pulak, dan bas jalan slow, me dah seriau sebab takut xsempat nak check in luggage je. Mmg berdebar je masa tu.  Apalagi, bila sampai LCCT jam 8.30 mlm, me terus berlari dgn budak2 ke kaunter utk check in luggage.  Dah lama tak ke LCCT, menggagau la cari tpt nak security check bagai.  Dah la kami salah pergi kaunter international, berlari lah kami ke kaunter yg betul.  Time tiba kat kaunter yg betul tu, adik kaunter tu bgtau, cepat kak, dah nak tutup dah ni.  Sekali timbang, tgk lor… lebih muatan.  

Me beli cuma 15kg je… aduhai, terlepas pandang lak pasal luggage ni… bawa beg troli besar satu je lak tu. lain nye beg belakang dan bag kamera pogie.  So, terlebih 7++kg. kena bayar RM230++ kat situ.  Alamak!! belum sampai langkawi dah kena keluar duit, apa hal ni dude???!  PK Dude, pk… ok, belakang kami kebetulan ada sorg brother juga terlewat mcm kami.  Jadinya dialah dok perhati kami punggah bag baju.  Me yg mengemas bag tu me tau mcm mana me susun barang.  dan kebetulan pulak me mmg bawa plastik pampers afi dan firas yg Drypers L68 tu, so, me keluarkan plastik bag tu dan isi seluar jeans budak2 yg me rasakan memberatkan bag tu. dan masuk sikit kat dlm bag deuter yg me pakai.  Bila timbang, alhamdulillah, ngam2 berat 15kg.  Lepas check in bag tu, kami berlari lak ke boarding lane dan menuju ke pintu 7 kalo tak silap. Me peratikan dah tak de org berdiri kat pintu 7 tu, kami dan brother yg terlewat tadi. Me siap cakap dgn agak kuat, eh, takleh masuk dah ke? pintu dah tutup dah ke? nape tak de org? kat mana nak tanya ni? flight dah terlepas dah ke? dapat tak bayangkan perasaan me masa tu?? alamak, rugi laaa rasanya terlepas flight.  Dah lah dgn kelam kabut, behtu dgn mengangkut bag plastik pampers berisi seluar baju bagai, dgn anak2 lagi, dan dgn laki ku…. tetiba datang sorg mamat AA ni, me tanya dia flight langkawi dah berlepas ke? behtu dia jawab, FLIGHT KE LANGKAWI - DELAY KAK… jam 9.50 baru berlepas…… FFFUUUUUHHHHHHH…kurrsemangat!! Alhamdulillah, masa tu, me lega sangat dan me baru PERASAN - penumpang AA yg naik penerbangan sama dgn kami semua tgh duduk dan memerhatikan gelagat kalut kami.  Tapi me tak malu pun, me memang selamba giler… me terus suruh budak2 duduk sekejap sebab me nak beli bag utk isi plastik pampers tu.  Me beli bag yg boleh isi brg - RM16 kat kedai yg ada kat situ.  Jadi tak de lah nampak buruk sangat kan bawa plastik pampers tu.  Hehe…

Ok, kami selamat sampai di Langkawi jam 11 malam dan kereta sewa dah pun menunggu di airport. Kami terus cari AB motel di pantai chenang.  Sib baik tak susah nak cari, dan dekat la juga dgn airport, dlm 15 min rasanya.  Pantai chenang byk berubah, dah makin byk bangunan dan juga lebih happening dari dulu.  Meriah je biarpun jam dah hampir ke tgh malam.  Proses check in tak de masalah, dan kami merehatkan diri utk xtvt esok.  Teruja juga bila dah sampai langkawi ni. 

1/5/2013 (Rabu)
Pagi hari kami berjalan kaki mencari breakfast sekitar pantai cenag.  Hari ni me plan nak bawa budak2 pergi makam mahsuri (tp tak de lak gambar melawat makam mahsuri dalam laptop ni, so tak dpt nak kongsi), cable car dan juga round langkawi.  Me nak pergi pekan kuah juga nak cari coklat sikit.  Ingatkan nak gi island hopping tapi cuaca hujan pulak pagi tu.  So, me pospon dulu xtvt tu, kalo ada rezeki, kami g island hopping esok.

Menaiki cable car di langkawi ni, satu pengalaman best buat me dan family.  Keterujaan mendaki puncak gunung mat cincang dgn menaiki cable car adalah satu cabaran mental utk anak2.  Si hadid siap baca doa dan alfatihah, si firas diam kecut perut, me ok je. Tengok keindahan alam dari pandangan atas dan kecantikan langkawi sekitar pantainya dan gunung ganangnya, sungguh mengasyikkan.  Best la naik cable car ni.  Lama juga perjalanan dalam cable car ni.  Tak igt berapa minit.

Lepas tu kami ke arah telaga tujuh, tp tak sampai pun ke telaga tu, sebab jam waktu tu dah pun asar.  Kami cuma lepak kat air terjun bawah tu je.  Leh tgk gambar kat bawah ni.














 Yang ni kami nak g kat air terjun, tapi tak sampai ke telaga tujuh.










Lepas tu kami ke pekan kuah berjalan-jalan.  Ada beli sikit coklat sebagai buah tangan.






Pada waktu malam kami jalan2 di pantai Chenang.  




2/05/2013 - Khamis

Alhamdulillah cuaca pagi khamis tu sungguh baik. Jadi me merancang bawa budak2 island hopping.  Kat AB motel tu juga ada disediakan perkhidmatan island hopping.  Me tak ingat berapa ringgit kena bayar.  Island hopping yg kami ikuti ni adalah menaiki bot laju ke pulau dayang bunting, eagles feeding dan juga ke sebuah pulau - tak igt pulau apa.
 Tengah tunggu turn utk naik van yang akan bawa kami ke jeti.






 namapka tak dayang bunting? 

 ni di pulau dayang bunting

 salah seekor penghuni dayang bunting…. hehe.. 




 tak sah kalo tak mandi kan… 



 kita tengok burung helang pulak…













 Air laut membiru. Cantik sangat.  


 Bagi kesempatan budak2 mandi di pantai chenang sebelum kami berlepas pulang balik esok.


inilah kereta yang kami sewa MAZDA2 - rm70/hari





3/05/2013 - Khamis
Flight kami hari ni jam 1 lebih.  Pagi tu kami masih berkesempatan untuk ke Padang Matsirat.  Ada muzium padi di sini.  Tak jauh pun dari pantai chenang. 5 minit je dari AB Motel.








Ok, akhirnya, kami pun dah sedia untuk penerbangan balik.  Sempat beli coklat2 je, tak de mak beli pinggan mangkuk pun kakak…  Tak de dalam list mak pulak nak beli pinggan mangkuk bagai.  Cuci mata je kat sana.  

Penerbangan AA kami jam 1.05 ptg kalau tak silap.  Alhamdulillah, tak de delay.

Bila lah kami nak sampai langkawi lagi agaknya? bila dalam list ada senarai pinggan mangkuk lah kot.. hehe…





 

Dari Hati © 2011 By NC