Isnin, Februari 25, 2013

Cuti ke Kuala Terengganu


Assalamualaikum wbt.

Lama dah berangan nak g pantai timur.  Dah bertahun2.  Org lain mungkin dah berkali2 pergi ulang alik. Dan mungkin ada yg kata, 'xde apa2 pun kat KT'… tapi bagi me berbeza.  Me belum sampai dan me teruja nak sampai sana.  Me sampai cherating pun me macam suka dgn pantai cherating. Me simpan angan2 me nak sampai ke sana. Haha, lawak ke? lawak la kot sebab ke Kuala Terengganu je pun kan… bukan ke paris or london.  Tp bg me, Malaysia ni banyak sangat anugerah alam yg Allah kurniakan untuk kita hargai dan nikmati.  Me tak pernah sampai dan me berhajat nak sampai.  Lepas me sampai KT, me berhajat pulak nak sampai Kota Bharu.

Alhamdulillah, hajat me nak bawa family bercuti ke Kuala Terengganu tercapai akhirnya. Syukur sgt.  Dengan perjalanan yang lancar dan molek, cuaca juga baik me&family dapat juga pergi melawat Kuala Terengganu pada bulan Februari, 9 - 11 Februari 2013 bersempena dengan cuti hari raya cina dan juga bersempena dengan Ulang Tahun Perkahwinan me & Pogie yang ke 11 tahun (betul tak 11 tahun?) pada 10 Februari 2013. 

nak juga letak gambar berdua me & pogie

Me dah buat tempahan bilik siap2 sebelum ke KT.  Me yg selalu merancang perjalanan pergi dan balik dan tempat2 yg nak pergi bila cuti mcm ni.  Semuanya melibatkan kos, masa dan tempat.  So kalo boleh me nak gunakan peluang yg ada sebaik2 nya.  bukan senang nak dpt cuti panjang dan juga rezeki lebih sikit mcm ni.  Melibatkan anak2 pula tu untuk perjalanan yg jauh mcm ni.

8/02/2013 - Jumaat - me masih bekerja.  Me dah siap pack barang semua dan tunggu pogie amik budak2 dan beg baju dirumah dan jemput me dipejabat bila selesai waktu pejabat je nanti.  Me teruja sangat.  So, kami bertolak ke Kuantan selepas maghrib terlebih dahulu ikut jalan dalam melalui kuala pilah, bukit putus dan juga muadzam.  Dah lama sebenarnya tak ikut jalan ke muadzam ni.  Bukan kat muadzam je kami mcm teraba2 tapi kat kuala pilah juga.  Dgn keadaan malam dan berpandukan GPS, kami nyaris ikut karak sebelum temui jalan ke muadzam.  bergaduh la juga dalam kereta. hehe… akhirnya kami sampai di muadzam dalam jam 10 lebih kalau tak silap.  Ada berhenti makan lepas kat gerai kampung lepas dari kuala pilah - tak ingat kat mana.  Ni benti makan sebab pogie pun dah lenguh2 badan, almaklumlah, siang hari bekerja, malam lak drive jauh.  So  pogie turun makan pun dgn ariq rasanya.  Dan sempat buat susu firas sekali.  me duduk dalam kereta je.  kat simpang muadzam masa tu mmg meriah dgn kereta. Member ada bgtau utk berhati2 kat kawasan tu.  Tak tau lah maksud berhati2 tu atas perkara apa. me tak nak pk nanti me takut.  Tp mmg me doa minta dijauhkan dari benda2 yg tak diingini.  Selesai pogie minum dgn budak2, kami meneruskan perjalanan.  Dan akhirnya kami sampai di kuantan. Alhamdulillah.

Ok, memandangkan kami hanya nak bermalam saja di sini dgn niat esok pagi akan meneruskan perjalanan ke KT, maka me pilih hotel bajet je.  Kami sampai pun pkl 12 lebih lepas abis pusing cari hotel tu.  Rupanya kami pernah makan kat restoran kat bawah hotel tu, bila siang barulah nampak rupanya dan sedar kat mana kami berada.  Huhuhu…


Me bayar kurang RM100, ada dua double bed utk family room. ok lah tu. ala tuk tido semalam dan mandi.  

9/02/2013 - Sabtu 
Kami bangun awal pagi utk meneruskan perjalanan ke KT.  Kami sempat sarapan di restoran bawah tu.
makannya tak berapa, tp ok la utk alas perut.  Suasana awal pagi dan masih lengang lagi.  Dah start cuti pun waktu tu, mungkin ramai yg becuti keluar daerah (macam kami) atau mungkin masih awal pagi.  

Lepas sarapan kami bergerak meninggalkan Bandar Kuantan.

Seterusnya kami sampai ke destinasi2 dibawah ni. 


 



Kami dah sampai pintu gerbang negeri Terengganu Darul Iman (tak sure pukul berapa) 







 Ni tak sure kat mana pogie amik gamba kat mana .  










Dan akhirnya, kami sampai kat pantai yg cantik ni.  



 apa lagi, jom posing… jam pkl 11 kot waktu ni.  tak ingat dah.. 

 Mana dak afi nak pergi tu??



















posing sikit.. hihi…











Cantik kan pemandangan pantai ni.  Ni pantai lain, atas dari kemaman, tak igt pantai apa.  Kat sini kami berhenti dan beli keropok lekor, minum air kelapa dan makan keropok.  Sedap.  Waktu ni masih belum zohor lagi.  Rasa betul2 tengah hari.  Alhamdulillah cuaca baik dan mood budak2 pun ok.  Sabar ye, tak lama lagi kita sampai bandar kuala terengganu.

Jam 1 lebih kami sampai pun di kuala terengganu dan terus cari hotel untuk check in. Tak susah nak cari hotel kat sini. Ikut je maps IPHONE ni, maka jumpa lah hotel tu.  Kami check in kat hotel Grand Continental Kuala Terengganu.  Puas hati dengan keluasan family room ni dan pemandangannya pun ok.
Harga pun ok utk 2 malam - RM240. Ada double bed + single bed dan kami minta extra bed.  Tp atas sebab2 teknikal, kami tak dpt extra bed tu, sib baik kami dap at toto.  Tak pe, small matter.  





alamak, dah tak ingat dah kami makan kat mana malam tu.  Petang tu kami tak keluar ke mana sebab pogie bengkak gusi, so, dia makan panadol dan tido.  Budak2 mandi swimming pool sementara tunggu ayahnya berehat.  Lepas maghrib baru kami keluar.  Kami g berjalan menuju ke masjid kristal dan juga area muzium kuala terengganu.  Kami makan kat restoran seafood.  Malam tu kami balik ke bilik awal dan tido untuk jana tenaga hari esok.

10/02/2013- ahad
Jom bekfes!  Makan puas2 anak2… hehehe…



Pagi ni kami nak ke Muzium Negeri.  Jom tengok gambar kami kat sana.
(masa kat muzium ni, my bespren dtg la pulak time ni! bergegas pogie g cari kedai membeli benda itu).










Lepas tu kita g melawat masjid kristal pulak.





Ni kawan kami, mira, dulu duduk KL tp sekarang ni dah berhijrah duduk di Cherating mengikut suaminya.  Mira on d way balik rumah mertua di Kelantan, alhamdulillah dapat jumpa sekejap pun jadi untuk lepas rindu.  

Kami lepak jap kat tepi pantai ni.  apa nama pantai ni ye?




Lepas melepak di tepi pantai ni, kami ke pasar payang. jangan tak sampai ye.  Sempat la me beli 4 helai kain pasang.  Pogie dan budak2 tunggu kat dalam kereta sebab me janji me tak pergi lama.  Pogie dah pening kepala dan sakit giginya datang balik.  Kami balik ke bilik hotel sebaik saja me selesai membeli kain tu.  Pogie makan panadol dan tido, budak2 mandi kolam dan me lepak2 je.  Malam ni me kena kemas barang sebab esok nak check out.  

11/02/2013 - Isnin.
Pagi selepas breakfast, me &pogie, firas n afi g cari kopok losong utk dibawa balik.  Beli punya beli adalah abis kat RM60 kot.  Sib baik beratur tak panjang mana.  Balik je bilik kami kemas2 utk check out. 

Siap check out tu, kami mengarah ke tasik kenyir.  Dari Kuala Terengganu ke Tasik Kenyir tu amik masa dalam sejam. 







Kami sempat chartered boat utk menikmati keindahan tasik kenyir.  Satu boat kami bayar RM80, tp kongsi dengan kawan cina ni kami bayar RM50.  Ok la tu.. amik masa dalam 40 minit juga naik boat ni.  Afi takut je mula2, tp kemudian dia ok.  Cuaca cantek je. 

Lepas daripada tasik kenyir tu, pogie amik keputusan utk balik KL hari tu juga.  Dia kata dia larat drive.  Kami sampai kuantan jam 8 malam dan teruskan perjalanan balik KL, dan tiba KL jam 12 malam.  Fuh… puas hati… ada byk yg tak diceritakan kat sini sebab ingat tak igt, nasib baik ada gambar utk diabadikan sebagai memori kami di Kuala Terengganu.  Apa yg terkesan dihati me, me suka nak gi lagi KT ni.  Bila malam me perhatikan langitnya terang dan cantek sekali.  Tempatnya aman dan teratur.  Serius me jatuh cinta dgn KT dan me plan nak pegi KT lagi, mungkin kami ke pulau lepas ni?


 

Dari Hati © 2011 By NC