Rabu, November 14, 2012

Pengorbanan, REDHA dan IKHLAS

Assalamualaikum …

Saya hanya insan biasa, tak baik, tak jahat, tak zalim dan masih belajar merangkak2 nak jadi isteri solehah, ibu mithali dan mukmin yg mengabdikan diri pada Tuhannya.  Kadang-kadang je datang rasa nakal tu nak buat benda2 buang tebiat.. hehehe…

Bila mana kita tersepit, dikala itu kita tahu sesuatu perlu dikorbankan.  Sama ada masa, wang ringgit, kasih sayang, peluang dan macam2 lagi.  Aduh, dan pada masa tu, kita hanya kena REDHA… dan IKHLAS.  Bukan senang tau…. Tapi percayalah, setiap ujian tu ada hikmahnya.  Keadaan waktu tu mmg tak ada yg menguntungkan, tp percayalah bila kita REDHA dan IKHLAS, kita membahagiakan org sekeliling yg memerlukan pengorbanan kita.  Itulah ujian dan kasih sayang kita.


 Macam mana kita nak ikhlas dan redha? Tak perlu mengungkit2, perlu byk istighfar dan relakan lah walaupun jauh disudut hati kita ada rasa sakit, terkilan atau tak puas hati yg mana inilah perasaan yg kita perlu hindarkan.  Allah Taala itu Maha Pengasih dan Penyayang, Dia mendengar dan Dia Maha Adil. 
 

Dari Hati © 2011 By NC