Khamis, Jun 21, 2012

Sukan oh Sukan...

Assalamualaikum wbt.

Sukan KPDNKK akan berlangsung pada 24 Jun 2012.  Untuk tahun ni, saya masuk sukan futsal.  hehehehe... dari tahun 2007 saya dah babitkan diri dalam sukan futsal dan pembabitan awal tersebut utk kali pertama dan kedua team saya dapat johan dlm pertandingan anjuran MyIPO sendiri.  Masa tu Sukan KPDNKK takde lagi acara futsal untuk wanita, jadi saya aktif dalam bola jaring; mewakili MyIPO utk sukan Kementerian.  Tu pun bila saya tak mengandung la.

Persiapan untuk perlawanan kali ni agak singkat.  Kami berlatih 3 minggu sebelum tarikh perlawanan yg dijadualkan pada 17 Jun 2012 di Centremar Setapak.  Saya lagi lah, hanya sempat berlatih dua minggu je, sebab bercuti kenduri arwah.  Naik2 dari bercuti, terus sertai latihan futsal tersebut.

Untungnya kami kali ni, kami dpt membuat latihan di court futsal dimana perlawanan diadakan.  Ini menjadi kelebihan kepada kami untuk mendpt suasana realistik semasa latihan.  Kami juga hanya berkesempatan untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan MIDA pada hari Khamis, 14 Jun 2012 3 hari sebelum pertandingan dengan mata 2-2.

Team kami terdiri daripada 11 org termasuk pengurus, tp kami telah dibekalkan dengan seorang jurulatih yg amat2 membantu kami dalam persiapan menghadapi perlawanan tersebut.

Maka tibalah hari pertandingan.  Secara fizikalnya, kami amat bersedia, cuma masalah mental sikit - gabra dan over excited.  Hehe...

Kami adalah didalam kumpulan tersebut : SSM, MKM, KPDNKK & MyIPO.  kami akan bertemua dengan SSM dulu dan kemudian MKM dan akhirnya KPDNKK.  Manakala kumpulan B terdiri daripada PNS, Bank Rakyat dan SKM.

Semasa kelayakan separuh akhir, kami bertemu dengan PNS dan kelayakan bagi tempat ke 3 dan ke 4 kami bertemu dengan MKM.  Penentuan tempat ke3 dan ke4 dgn kedudukan draw - 0-0, menjadikan penalti sebagai penentuan dan akhirnya kami berjaya untuk mendapat tempat ke3 iaitu dengan penalti 2-1. Alhamdulillah, syukur kepada Allah Taala.

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada Azlie, coach kami pada hari itu yg telah menyusun strategi perlawanan hingga kami mara ke peringkat separuh akhir dan berjaya sekurang-kurangnya mendapat tempat ke-3.  Thank you Azlie! dan tidak lupa pada semangat satu pasukan kami kepada Meg, hariani, fiza, liza kepoh, salmi, Olin (goalkeeper), umi, mawar dan mariam dan shikin.


Ni MyIPO & KPDNKK
 

Isnin, Jun 11, 2012

Air dicincang takkan putus...

Assalamualaikum wbt.

Selesai sudah kenduri arwah kami buat 3 malam berturut-turut.  Ditakdirkan waktu cuti sekolah, maka, dapatlah kami berlama dikampung en. husband. 

Seronot bila dapat berkumpul beramai2, memasak bersama, bercerita, makan bersama dan sempat bergurau senda.  Kalau tidak, tentunya waktu2 seperti ini hanya dapat dinikmati pada hari raya sahaja.

Bertemu dengan anak2 buah yg sedang meningkat dewasa, bertemu dengan ipar duai dan bertukar2 cerita adalah sesuatu yg cukup bermakna.  Kami masing-masing saling bantu membantu dan bekerjasama; membasuh baju, menyapu rumah, menyidai kain, melipat kain, memasak, menghidang masak, membasuh pinggan mangkuk, malah kepada perkara sekecil2 seperti memasukkan baju kotor di dalam mesin basuh pun masing-masing ringan tangan membantu.  Tiada terkecuali.  Orang kata 'sedar diri'.  Ok la sangat nyer kan.  

Anak-anak bahagia bermain dengan sepupu.  Macam2 dipelajari dari sepupu masing-masing.  Seronot bila dapat usik anak2 buah dan bercerita dgn mereka.  Kadang-kadang gelagat mereka mengundang seribu bahagia, sering diajukan soalan menguji minda, sering diluahkan perkara-perkara yg penat otak nak memikir jawapan terbaik.  Aduhai, anak2 sekarang makin bijak.

Dalam suasana sebegitu, tiada istilah berkira.  Pada saya, itulah yang mahal. Tiada ungkit mengungkit, bila terkasar kami segera meminta maaf dan cepat memaafkan dan melupakan.  Adatlah tu kan... sedangkan lidah lagi tergigit.

Hmmm... raya tahun ni, tanpa ayah. (mode : sedih). Moga arwah ayah ditempatkan dikalangan kekasih Allah dan diampunkan dosa-dosanya.  Moga arwah ayah tenang disana melihat kami sepakat adik beradik sepertimana kehendaknya semasa hayat dan itulah antara nasihat terakhir arwah.  Doa kami mengiringi ayah disana - sentiasa.  Al-fatihah.

Ahad, Jun 10, 2012

Innalillahi wa'inna ilaihi rajiun ...

Assalamualaikum wbt.

Amat hebat dugaan Allah Taala. Namun percayalah, dugaan Allah Taala tidak lebih dpd kemampuan hambaNya, kerana kita dibekalkan dengan akal, dan Allah sentiasa disisi kita utk menempuhi cabaran2 diberikan.  Semuanya menguji iman dan taqwa.  Benarlah, bila kita sesat, sesak, sedih dan sangsi, kembali ke pangkal jalan.  Sekurang-kurangnya, hati rasa tenang.  Bila hati tenang, akal boleh berfikir dgn waras, hati boleh menerima kenyataan.  Ikut nafsu, akal akal jadi buntu, hati jadi beku. Syaitan mudah merasuk.  Itu post mortem saya.

Arwah ayah (mentua) kembali ke Rahmatullah pada selasa, 5 Jun 2012, jam 5.05 petang di Hospital Slim RIver, berpunca dari cancer hati tahap kritikal.  

Semasa diberitahu, kami sedang bersiap2 untuk ke hospital slim.  En. hb menerima berita tersebut dpd adik yg berada di hospital slim ketika itu menemani emak di sana.  Menerima berita tersebut, sejenak saya terdiam, sunyi bbrp saat dan lantas mendail no. mak saya di jb utk memaklumkan berita kehilangan tersebut.  Mak tak angkat, saya call abah dan memaklumkan berita tersebut.  Kami semua bertafakut seketika mengenangkan arwah.

Arwah ayah seorang yg tenang, bersahaja, dan sangat tulus. tidak banyak bercakap.  Ini pada pandangan saya.  Arwah seorang yg sangat baik dan amat menjaga solat, sehinggakan kami masih dikejutnya untuk mendirikan solat subuh.  Ya Allah, kau tempatkan lah arwah ayahanda disisimu dan Kau ampunilah segala dosa-dosanya.  

Ayah telah lama sakit buah pinggang, pergi dialisis 3 kali seminggu selama lebih 12 tahun.  Sejak 3 tahun lepas kalau tak silap saya, arwah mula sakit, dalam perut, usus berdarah, muntah darah, sakit belakang, berak berdarah dan kerap sesak nafas.  Arwah disahkan mengidap kanser hati hari rabu seminggu sebelum arwah kembali ke rahmatullah.  Dimaklumkan kanser hati ketika bila dikesan berada didalam tahap kritikal.  Doktor hanya boleh buat yg terbaik, tp segalanya di tangan Allah Taala. 

Kami redha dengan pemergian arwah.  Biarlah dia pergi setelah lama menanggung kesakitan.  Mudah2an kesabaran arwah selama menanggung sakit, mendapat ganjaran pahala yg besar dari Allah Taala.  Sesungguhnya doa kami akan sentiasa bersama arwah.  Mudah2an kita diketemukan disana satu hari nanti. Al-Fatihah. 

Selasa, Jun 05, 2012

Mengharap hikmah disebalik kejadian...

Assalamualaikum wbt.


Perancangan dua bulan awal, rasa teruja, bayangan kegembiraan, wajah2 kesayangan yang bakal turut sama dalam percutian yang dirancang utk musim cuti sekolah bulan Jun ini, akhirnya tidak dapat saya dan keluarga ikuti berikutan ayah mentua saya sakit tenat setelah disahkan mengidap kanser hati.  Macam mana agaknya perasaan anda menghadapi situasi seperti itu.  

Diantara dua persimpangan - janji dengan keluarga utk percutian hebat, menziarahi ayah yg sedang sakit.  Tentu anda kata bodoh dan menuduh saya pentingkan diri sendiri bila saya rasa berbelah bagi.  Dan akhirnya saya 'terpaksa' beralah.


Memandangkan saya yg menguruskan penginapan, tiket dan juga pengangkutan utk trip tersebut, saya berusaha sedaya upaya agar mereka yg mengikuti trip itu tidak menghadapi sebarang masalah yg mana saya sekeluarga tidak dapat turut serta.  Anak2 meroyan jugak lah bila di saat2 akhir, kami terpaksa tarik diri.


Saya gembira jika mereka gembira dan balik dgn senyuman kepuasan setelah berlabur tidak sedikit utk trip tersebut.


Anak-anak, bukan rezeki kita kali ini.  Ada yang lebih penting utk kita buat, iaitu menghormati dan menjaga hati...

Sabtu, Jun 02, 2012

saya tidak kejam

Assalamualaikum wbt.

Saya seringkali kalah dengan rasa penting diri bila diri minta untuk memilih, kepentingan sendiri atau kepentingan orang lain.  Walau pun sebenarnya sepatutnya kita lebih banyak beralah sebab ia akan memudahkan situasi yang sulit.  Jenuh pk baik buruk, apa yg saya pinta hanyalah tolak ansur.  Kalau diminta dgn baik, maka saya akan berikan dengan sebaiknya.  Hati saya rupanya masih tak bersih lagi.  Iye, saya bukannya baik sangat tp bila keadaan tersepit saya perlukan sokongan, hati saya keras umpama kerikil.  Saya perlukan kelembutan bila diminta beralah, saya x suka pada kekerasan di dalam keadaan saya yg terdesak.  Kerana hati saya akan jadi lebih kejam kerana didesak, di'ntah'kan dan di ketepikan.

Orang kata tak baik simpan dendam dalam hati.  Betul lah tu.  Sebab ia umpama bara dalam sekam.  Sedikit sedikit ia membara, menunggu menjadi api dan bila jadi api, akhirnya membakar diri.  

Saya tak kuat menangis, tp bila saya menangis tanda hati saya sangat terluka.  Tangisan saya hanya dalam diam.  Kalau boleh saya tak nak orang tau saya menangis.  Biarlah saya sendiri yang rasa kepedihan itu.  

Hidup saya selama ini sebagai pejuang.  Berjuang utk org lain, dan sangat sedikit berjuang untuk diri sendiri.  Saya rasa tak kisah.  Tapi bila ada yang ambil kesempatan, perkara itu sangat melukakan.  

Saya boleh memaafkan, tp saya tak akan mudah melupakan.  Bila saya minta maaf, ianya sangat ikhlas.  

Saya tidak kuat sebenarnya dan saya tidak baik.  Saya masih sedaya upaya untuk berubah menjadi seorang yg baik, nampaknya, mmg ia tak mudah.  

Pada waktu ini, saya perlukan 'win win situation' .... awak dapat apa yang awak nak, saya dpt apa yg saya perlukan.
 
 

Dari Hati © 2011 By NC