Jumaat, Mei 18, 2012

Assalamualaikum wbt.

2 minggu ketiadaan boss 2 minggu macam2 terjadi. Letih makcik.

Nape ye dengan 2 minggu tu?

Pertamanya, afi tak sihat, kena semput.  Afi ni kuat peluh tau. So, bila peluh kita pun berpeluh tengok dia.. hihihihi... ada malam2 tertentu kami buka aircond berterusan tapi selalunya buka sleep mode sebab sedar tak baper elok pun tido beraircond, aircond lak bukan la aircond yg canggih manggih sekarang ni yg ala2 panasonic lah bagai tu.. jadinya, bila sleep mode, terasa gak la kepanasannya bila lambat udara sejuk tu nak keluar, kita pun keluarkan la kipas tangan kita. Tu pun bila sedar yg afi dah uk ek uk ek uk ek sebab ketidakselesaan - berpeluh.
Terror la kita sebab kipas afi dan diri sendiri sambil pejam mata... huhuhu..

Behtu mmg ada bbrp kali bawa afi g klinik sebab malam2 afi rajin sangat batuk2, sampai nampak semput, tapi dua kali pegi, dua kali doktor cakap peparu afi ok, tak de apa2 dan tak de lak kesan asma. So, doktor bagi ubat batuk.

Satu malam tu, afi batuk terus sgt, dan kita pun bagi la afi ubat batuk, tapi tak jalan jugak. So, esoknya lepas waktu kerja, kita bawa afi g klinik dan bila doktor check doktor sahkan afi asma.  Doktor saran bagi gas kat afi - adalah dlm 10 min.  Kesian afi..

Esok hari nya ibu tak keje sebab ibu letih dan tak de mood nak keje. 

Minggu depannya, isnin malam selasa, afi meragam.  Mulut nya di kemam, air liur meleleh2, badan dedar, makan tak mahu, susu pun tak mahu.  Mmg dlm pikiran ni afi meragam sebab nak tumbuh gigi.  Bila disuakan puting, afi tak moh hisap, dia menangis memanjang. Afi tertido pkl 2 pagi tanpa menyusu sejak amik afi dari rumah mak ani petang tu.  Jam 3.30 pg afi terjaga dan meragam lagi. Sempat kita google utk kes2 bayi nak tumbuh gigi ni dan mmg ada tanda2 diatas pada afi menunjukkan afi mmg meragam sebab nak tumbuh gigi.  Sebelum tu dalam fikiran takut jugak afi angin pasang tapi pogie kata bukan angin pasang.  Perut afi kembung sebab nangis lama dan tak makan dan susu.  Kesiannya anak ibu ni.  So, dari jam 3.30 pg tu sampai la 5.30 pagi baru afi lena balik.

7.00 pg baru tersedar.  Budak2 tak boleh tidak ke sekolah sebab hari tu hari guru.  Gesa jugak bangun dan bila sampai sekolah jam dah pkl 8.00 pg.  Jalan jem teruk hari tu.  Afi menyusu juga dalam kereta otw ke rumah mak ani. Kesian afi.

Ibu pergi jugak kerja biarlah lambat utk bbrp hari dalam dua minggu nih. 

Bila kita ada anak kecil, macam2 kerenah kita akan hadapi.  Selalunya melibatkan kesihatan.  nak2 kalau anak ramai macam saya.. hihihih ... apapun, itulah pengalaman, pengalaman yg mengajar kita erti hidup berkeluarga.  Pengalaman mengajar kita erti sabar dan tabah.  Pengalaman mengajar kita erti kesusahan dan kesenangan dalam hidup, jatuh dan bangun dalam hidup.  Pengalaman mengajar kita supaya tidak cepat give up dan sentiasa berusaha. Syukur padamu ya Allah atas pengalaman yg kau berikan pada ku sepanjang aku bernafas dibumi mu....  Alhamdulillah..

 

Dari Hati © 2011 By NC