Khamis, Februari 02, 2012

Cuti-Cuti Raya Cina

Assalamualaikum wbt.

Seperti kita pun telah maklum, awal tahun 2012 ni mmg banyak dibekalkan dgn cuti umum.  Antaranya sambutan hari raya cina (CNY).  Dapat pulak cuti berderet 4 hari, sebab CNY jatuh hari isnin dan selasa, maka dah sah2 sabtu ahad tu kita cuti hujung minggu, so dapat la 4 hari cuti.  Jadi, ke manakah kita?

Sebenarnya saya tak de niat pun nak ke mana2 cuti 4 hari tu walaupun ada rasa nak bermalam utk semalam dimana2 tp sebenarnya perasaan tu tak de la serius.  Macam dah puas pulak bercuti sebelum tu.  Lagi pun en hb kena keje hari sabtu tu.  Jadinya hari sabtu tu saya buat keje2 rutin di rumah.  Ada usulkan cadangan pada en. hb utk berjalan ke Lumut, Perak.  Tapi tak dipersetujui.  Akhirnya, hari ahad tu, en. hb bawa kami meronda KL.  Hahaha... pelik tak? Kami yg dah bertahun2 duduk KL, diajaknya ronda KL. First tempat dituju - Dataran Merdeka! Adoyai... tak pe lah, saya layankan juga sebab tak nak jejas mood berjalan hari itu.  Tourist sibuk bergambar, kami pun menyibuk gak nak bergambar.  Hehehehe...

Ramai dah anak2 saya ye... kihkih..

 
Punyalah lama nak menunggu turn semata-mata nak bergambar kat benda nih..
Sib baik saya pun tak bergolek kat dlm tu..

Tempat tuju seterusnya ialah ke Menara Kuala Lumpur!! Suka lah budak2... mak bapak nyer pun leh tahan excited.  Pertama kali saya ke sini, tak silap saya tahun 1996.  Lepas tu tak teringin pun nak ke KL Tower lagi.  Sebab tak de benda sangat.  So, kali ni bawa anak2, terujalah mereka.  Dah tambah satu pengalaman dalam hidup, pergi ke menara antara tertinggi di Dunia... ok la tu kan.

Saya amik pakej naik menara dan 'Pengembaraan XD' - ala2 panggung wayang tapi kita mcm dpt rasa perjalanan pengembaraan tu (kerusi bergerak, pakai cermin mata 3D dan ada efek bunyi dan angin sekali).  Macam best la kan.  Harga pakej tu adalah RM120(2dewasa dan 2kanak); RM35/dewasa dan RM25/kanak2.


 Nampak panjang, tp kejap je beratur nih. 
Rasanya hari yg kami pergi ni tak ramai orang pun.

 Kat sini lah panggung XD.
Pening kepala masuk panggung ni...
Tapi masa ni belum beli tiket lagi.. Baru Usha2..

 Gambar naik lift pun ada.. hehe..

 Antara pemandangan dari atas Menara Kuala Lumpur...
Saujana mata memandang..

 Benda yg budak2 tu pakai adalah utk beri penerangan
tentang Menara Kuala Lumpur


 Dipaparkan juga menara2 tertinggi di dunia kat cermin2 tu..
(yg hadid sandar tu)

 Afi dan Ibu..

 Kena tengok, tak tgk rugi, dah bayar mahal.. hehe..

 Angin firas tak baper baik. Nak bergayut kat ibu lak..


hahaha.. ini tv kat luar yg paparkan pelawat sedang mencuba XD ni.
(aku ler tu.. dgn ariq n firas - firas atas riba)

Adoyai, mentang2 la saya bawa kanak2 masuk, diaorg kasi filem kartun la pulak... ingatkan dpt naik roller coaster ke.. tercabar la sikit.  Pening kepala laaa.. rasanya 5 minit ada kot.  Secara jujur nya tak berapa best... huhu..

Lepas naik benda tu semua, kami pun beredar.. masa tu telah masuk solat zohor bagi wilayah persekutuan.  Kami pun balik rumah selepas makan.

Ok, keesokan harinya, hari isnin, kita ke Sunway Pyramid di Bandar Sunway.  Lama tak masuk Sunway Pyramid nih. 

Meh tgk.. kita gembirakan hati budak2 nih.




 Firas naik kete api.  Kaya firas hari tu sebab naik sensorg..

 Ariq n hadid main bumper car.


 Anak2 menunggu ibu membeli seluar.


Lepas dpd Sunway Pyramid, kami pun balik rumah.  Ok anak2... nanti kita jalan lagi ye. Itu la dia.  Tak pegi jauh dapat jalan dekat2 pun jadi la kan.  Yang penting, anak2 happy, kita pun happy tgk anak2 happy.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Another wonders of the world Gallery Microfungus House of Magic Potions Tanah Rata and KetikKetok!

 

Dari Hati © 2011 By NC