Sabtu, Januari 07, 2012

Selamat Tinggal 2011 & Selamat Datang 2012

Assalamualaikum wbt.

Syukur Alhamdulillah.  Tahun 2012 menjengah sudah.  Tahun 2011 ditinggal pergi.  Banyak kenangan, pahit manis tahun 2011.  Tahun 2011 juga kami dikurniakan cahaya mata, Afi Adnin yg kini dah pun berusia 3 bulan.  Doa dipanjat agar keluarga kami bertambah meriah, harmoni, erat kasih sayang, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dariNya untuk menjadi insan soleh dan solehah.

Ramai org bercerita pasal azam, asal tahun baru je, sibuk dgn azam.  Saya ada azam??? Tak payah la nak sebut2 pasal azam sesangat, yg penting, penghijrahan daripada baik kepada yang lebih baik.  tak kiralah dari sudut apa, kerjaya ke, kewangan ke, kemajuan pendidikan anak2 ke, ekonomi ke, politik ke, apa2 jelah, biar lah semuanya dapat tingkat kemajuan kearah yang lebih positif dan maju.  Bersikap lebih optimis!

Kami di mana tahun baru?? hahahahaha! tak sangka tahun ni kami dapat meraikan tahun baru bersama keluarga adik pogie, Pawi, wani, khayra (doter) & hadif (son) dan bby dalam perut wani berusia 6 bulan. 

Tepat pada jam 12 tgh malam, kami di tgh2 flyover di tgh bandaraya Kuala lumpur menyaksikan bunga api dari tiga tempat; KLCC, KL Tower dan Dataran Merdeka.  Cantek sungguh pemandangan permainan bunga api mlm tu.  Gambar? Nanti saya upload untuk tatapan anda semua... :)

0 ulasan:

 

Dari Hati © 2011 By NC