Rabu, November 14, 2012

Pengorbanan, REDHA dan IKHLAS

Assalamualaikum …

Saya hanya insan biasa, tak baik, tak jahat, tak zalim dan masih belajar merangkak2 nak jadi isteri solehah, ibu mithali dan mukmin yg mengabdikan diri pada Tuhannya.  Kadang-kadang je datang rasa nakal tu nak buat benda2 buang tebiat.. hehehe…

Bila mana kita tersepit, dikala itu kita tahu sesuatu perlu dikorbankan.  Sama ada masa, wang ringgit, kasih sayang, peluang dan macam2 lagi.  Aduh, dan pada masa tu, kita hanya kena REDHA… dan IKHLAS.  Bukan senang tau…. Tapi percayalah, setiap ujian tu ada hikmahnya.  Keadaan waktu tu mmg tak ada yg menguntungkan, tp percayalah bila kita REDHA dan IKHLAS, kita membahagiakan org sekeliling yg memerlukan pengorbanan kita.  Itulah ujian dan kasih sayang kita.


 Macam mana kita nak ikhlas dan redha? Tak perlu mengungkit2, perlu byk istighfar dan relakan lah walaupun jauh disudut hati kita ada rasa sakit, terkilan atau tak puas hati yg mana inilah perasaan yg kita perlu hindarkan.  Allah Taala itu Maha Pengasih dan Penyayang, Dia mendengar dan Dia Maha Adil. 

Ahad, September 30, 2012

Syawal 2012

Assalamualaikum…

SELAMAT HARI RAYA, aidilfitri mulia.. ampun maaf dipinta, mensuci hening dosa….

BEST BEST BEST !! apa yg best?? Hehehe… SELAMAT HARI RAYA SEMUA!! MAAF ZAHIR DAN BATIN!!

Meriah sungguh entry kali ni! Siap nyanyi2 lagi.

Tahun ni saya sambut raya di rumah mentua dulu.  Lepas tu raya ke 3 baru lah balik ke kampong halaman yg dirindui dan dicintai dan disayangi.

Ok2… this year kami tak g raya keluar dari FELDA BESOUT ok! Kami duduk kat rumah diam2 je.. sambil buang masa amik gambar posing ngada2 dgn ipar duai, anak beranak sesama kami.  Memang habis segala posing maut kami buat… puas ati la gamak nya…

Pogie, abg ipar dan adik ipar mmg giler camera, siap bawa backdrop utk sesi bergambar. Hah, apa lagi, bini2 pun siap la bergaya sakan. Bila lagi kannnnn nak buang tebiat ni. 

Tengok la gaya kami memasing.. hehehehe…. Adoyai…

Raya ke 3 kami mulakan perjalanan balik ke JB.  Singgah jap kat rumah utk ambil bbrp barang dan meneruskan perjalanan ke JB.

WOKEH, raya tahun ni pun kami tak byk beraya.  Kami g bbrp rumah sedara mak di JB dan akhirnya kami berpiknik di Tanjung Balau, Kota Tinggi… leh gitu?? Org sibuk g raya sana sini, kami dok berpiknik kat tepi pantai. Heeheheh.. alahai, ramai gak yg g piknik hari tu…

Sayang tempat kami piknik tu tak ler bersih… byk sampah sarap.. sedih je tgk, air laut nya cantek, tp pengunjung kurang rasa tanggung jawab utk jaga kebersihan. 

Hah, sempat lagi g jenjalan kat JPO.  Sebelum balik KL, kami singgah dulu kat JPO, kononnya nak riki2 jam dan nak shopping kat JPO, hampir 3-4 jam kami di JPO dan akhirnya berjumpa lah sebuah jam utk pogie.  Utk kakak?? Tak beli apa pun… penat dah pk2 nak beli fossil la bagai.. tp ntah la… tak terbeli pulak!

Apapun, jom tgk posing maut kakak dik ooi!






















Ni gambar kat JB pulak































Isnin, September 10, 2012

kisah jimat cermat dan rumah

Assalamualaikum …..

Jangan pelik ye… kalau u all semua kemas rumah nak sambut raya puasa, kami kemas rumah selepas sambut raya, tp masih dlm bulan syawal lagi. FYI, kami tak belanja byk utk raya tahun ni.. dah efek nye sungguh best! Sebabnya kami dapat berjimat dgn begitu byk sekali dan dapat bertabung. 

Kisahnya, tahun ni saya tak teruja sangat nak beraya.  Saya pun tak tahu kenapa, mood shopping raya tak datang2, dan mood nak beraya pun langsung tak de.  Dan saya dah nekad taknak beli kuih raya dan akhirnya saya beli 2 jenis kuih raya (dgn niat nak tolong member) dan beli keropok dan kekacang je dan jumlah belian lebih kurang RM100 je.  Kuih raya saya ada buat sejenis.. hehehe.. ok la tu.. siap beli oven lagi ko…. Suka suka dan suka!!

Baju budak2?? Ok, bila saya mengemas almari budak2, utk menyisihkan mana yg dah takleh pakai – baju dipakai sampai lunyai almaklumlah budak lelaki kan.. lasak nyer habis kepala lutut berlubang, baju koyak, butang hilang tercabut dan baju berbulu, semua diketepikan dan diasingkan.  Mana yg elok yg hadid tak muat, ariq leh pakai dan yg mana ariq xleh pakai firas boleh pakai. Ok la tu kan… hikmahnya allah taala bagi anak2 saya hero belaka.  Hihihi… serupalah dgn baju raya budak2 ni… ariq boleh pakai hadid punya, firas boleh pakai ariq punya – ada sehelai dua, dan firas pun blh pakai firas punya juga yg thn lepas yg tak berapa kali pakai dan masih elok lagi. 2 thn lepas kami ada beli baju melayu utk hadid dgn ariq di ampang park kerana berkenankan corak baju tu, disimpan sebab baju tu besar utk dipakai waktu tu.. dan akhirnya, thn ni baju melayu tu telah boleh dirasmikan oleh hadid utk dijadikan baju raya.  Saya hanya beli baju casual utk budak2, setiap seorg 2 pasang.  Of course hadid kena beli lebih sikit seba dia yg tua dan dah panjang tonjang dah.. hehehe.. settle problem bila anak2 tak byk kerenah pakai baju sedia ada.

Saya? Saya ada pegi hantar kain utk tempah baju pada akhir bulan 3 sebanyak 6 pasang.  Asalnya kain tu dibeli dalam tempoh 2 thn utk dihantar ke tailor, tp saya tak tahu nak hantar tailor mana.. dan akhirnya kawan rekemen hantar kat area rumah dia yg agak dekat dgn rumah saya.  Ha ko, amik 6 pasang sekali – baju kurung utk keje je sebenarnya. Kain biasa2 je… tak de yg luar biasa pun.  Dan bila saya amik kain yg dah siap tu 3 bulan lebih selepas dihantar iaitu pada bulan julai (bln puasa) maka saya pun buat la ala2 baju raya…. Hehehe.. selesai masalah cuma kena cari tudung je.  Dan dalam gobok saya pun ada bbrp baju yg tak sempat dipakai lagi dan hanya pakai satu dua kali je dan masih elok utk dibuat pakai utk raya.  Org kata jgn sampai tak de...

Utk pogie lak, dia tak kisah, dia pakai je baju melayu dia yg sedia ada…  dan tak heran pun sebab mmg dia susah nak cari baju melayu.. .cerewet nya ngalah kan kakak nih!


Hah, back to my point…  nak citer kesah rumah dah cite pasal baju2 raya lak.. hehehe..

Memandangkan kami pun hanya belanja utk minyak dan tol je, dan duit belanja raya pun tak berapa nak belanja sangat, maka lepas je raya, mood utk mencantek kan rumah pun datang…. It’s not mencantekkan rumah la.. tp mcm nak menambah baik rumah …

Apa yg kakak plan ialah, nak mengecat rumah, nak menambah bbrp perkakasan dlm rumah contohnya rak dinding, para dapur dan bbrp perhiasan rumah yg dirasakan bersesuaian dgn rumah kami yg comei lote nih…

Tempat tuju – IKEA dan kedai cat! Hehehe.. best kan bila ada mood nak mencantekkan rumah ni… mcm2 la nak buat…

Tapi kan… tapi… sempat cat dua dinding je.. sampai la ke hari ni… memasing sibuk lepas dari tu.. huaaaaaaaa!! 

*haru sungguh*


Isnin, Ogos 27, 2012

HAPPY ANNIVERSARY!!

Assalamualaikum ….

Jap.. jap nak hengat tarikh jap…. Hahaha.. tarikh apa? ANNIVERSARY LAAAA…. Tp kan bukan kakak nyer… tp anniversary mak abah tersayang sayang sayang dan sayang sangat sangat dan sangat nyerrrrr! MUAH MUAH MUAH!!

Kebetulan anniversary mak abah jatuh pada 23 Ogos – time raya.  WAHH, apa lagi, kami plan buat surprise utk mak abah.. kita buat party jimba jimba.. hahahah… venue?? Kat rumah adik.

Siang tu kami dah siap2 g cari bunga tuk mak abah. Kami cuma maklumkan pada mak abah, malam tu nanti kami nak buat makan2, BBQ kat rumah adik.  Mak abah ok je. Party start after maghrib dlm jam 8 gitu.  Teh n noor sponsor kek, saya dgn adik g beli bunga.. rasanya bunga la hadiah paling senang dan mak abah pun suka hiasan bunga.  Senang dan ringkas… puas la g riki2 kat area Johor Jaya dan akhirnya jumpa!

So, mmg surprise la utk mak abah tatkala kami bawa keluar kek dan nyanyikan ALLAH SELAMAT KAN KAMI! Kesahnya mak tak perasan hari tu hari ulang tahun perkahwinan nya…. Yg ke berapa?? Yang ke 45 TAHUN!

Kami doakan semoga mak abah bahagia, murah rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik, semoga hajat mak abah utk menunaikan haji tahun ni termakbul dgn haji yg mabrur dan of course WE LOVE YOU BOTH!!


























 

Dari Hati © 2011 By NC