Selasa, Disember 13, 2011

Fraser's Hill

Assalamualaikum wbt.

Korang penah pegi fraser's Hill?  First time saya ke sana, last year rasanya.  Kami pegi gamble je.  Hb yg bagi cadangan utk pegi sana hari tu.  So, saya pun pack sikit barang especially baju budak2, saya pun tak bawa baju, cuma bawa baju kecik dan plan nak beli baju kat bukit fraser tu nanti.  En. Hb pun saya bekalkan dgn sehelai baju.  Lain dpd tu, saya bawa susu firas.  Itu je.

Sepanjang perjalanan ke sana, kiri kanan jalan penuh dgn pokok2 dan suasana nyaman je.  Dari kuala kubu baru, ambil masa 40 minit juga kot utk sampai ke atas. 

Ni gambar2 yg diabadikan semasa kami first time disana.



 Ni kat tasik, boleh main paddle... murah je, RM8 kot satu paddle..

 Firas pun nak naik gak, ikutkan dia tak leh naik sebab tak ckp tinggi, tp brother yg jaga tu baik hati, kasi gak naik 5 min,  minta main tepi2 je, tak leh bawa ke tgh.

 Boleh bagi ikan makan, byk sangat ikan, air pun jernih.  Beli dedak RM2.


 Jom Naik kuda!!

 Haha! tak gayat pun... rasa teruja.. kalo la dia lepaskan je kuda tu, dpt la saya menungga sepuas2nya.. (CEKONON!!!)

 Hadid!


 Mengabdikan sebagai kenangan.




 Rupa2nya, kedai mak kawan saya ada di sini!
Gembira tak terkata dpt jumpa Lin kat situ.

Kali kedua saya pergi dgn family saya.  Kami sewa 2 buah apartment.  Seronotnya menghabiskan masa bersama family.

Fraser's Hill adalah tempat utk kita relaks dan tenang2 saja.  Suasananya sungguh nyaman dan jauh dari kebisingan.  Kalau malam, agak sejuk walaupun tak sesejuk cameron highland.  Agak2 kalo nak bawa diri, paling dekat anda boleh pergi, pergi lah Fraser's Hill. Anda mungkin bertemu kedamaian di sana.

0 ulasan:

 

Dari Hati © 2011 By NC