Jumaat, Disember 30, 2011

Cameron oh Cameron!

Assalamualaikum wbt.

Sudah pun sampai ke penghujung tahun 2011.  Saya bukannya apa, menunggu hujung tahun ni umpama satu keseronokan di dalam hati kerana yang pasti, saya telah merancang aktiviti bersama keluarga tersayang.  Kami akan ke Cameron Highland dan bermalam di sana sehari semalam.  Ok la tu kan... saja menyesakkan diri di tempat yg dah pasti sesak nak2 di musim cuti sekolah, cuti krismas dan cuti hujung tahun. Baru lah dapat menikmati suasana CUTI yg sebenar. 

Sebenarnya cadangan awal kami (saya sekeluarga, teh & family, mak abah, k linda & anak2, adik n family) nak ke Lumut atau pangkor.  Tapi memandangkan kebanyakan homestay telah penuh maka kami pun beralih arah dan menimbangkan keinginan mak yg nak ke cameron highland.  Alhamdulillah, kami dapat pun menempah 2 apartment 3 bilik di Desa Anthurium, Tanah Rata Cameron Highland.  Harga untuk peak season ialah RM350, dan pada saya sangat lah berbaloi.  Kami akan naik Cameron pada 24 Disember 2011.  Giler ke tak giler... hahahaha, nape saya kata giler? sebab sah2 time tu org tengah bersesak kat sana. Tapi kami tak peduli, kami nak naik juga dan kami telah sedia fizikal and mental utk hadapi jem di sana.

Seperti sebelumnya, kami akan bawa bekal makanan.  Masak nasi, bawa lauk sikit dan bawa kuali, pinggan dan cawan polisterin.  Kami tau makanan kat sana agak mahal dan kadang tak sedap sangat dan memandangkan jumlah keluarga kami yg agak besar, susah lah kot nak dpt tempat di kedai2 makan.  Kami tak makan kat hotel2.. huhu... kalo makan kat hotel, tentu tak de masalah.  Small problem la tu.

Yg mengikut hari tu ialah saya & family, mak abah, teh & family, k linda n anak2.  Seronot sungguh anak2 bila jumpa sepupu sepapat mereka! meriah! tu pun baru 9 dpd mereka yg berjumpa.  Kalo tidak, lagi laaaa riuh rendah.

Kami naik cameron ikut Simpang Pulai.  Ini adalah kali pertama saya naik ikut simpang pulai. Sebelum ni selalu ikut tapah.  Jalan naik tak banyak kereta. Jam 9 kami gerak dari KL dan tiba di Simpang Pulai dalam jam 12 lebih.  Bila dah sampai kat Ringlet mmg kereta banyak sangat. Situ pun dah start jem.  kami sampai kat Apartment Desa Anthurium jam 2.30 ptg.  Cuaca, redup dan mendung dan SEJUK!.  Wah! bestnya sesekali dapat merasa cuaca sebenar di Cameron.  Kami berdoa agar percutian kami tidak basah utk dua hari tersebut dan Alhamdulillah, hanya hujan embun saja. 

Petang tu kami ke Bharat Tea, lepak sekejap situ dan abah sempat jumpa kawan dia yg tinggal kat cameron.  Lepas tu kami ke Pasar Malam di Brinchang dan kemudian saya mengajak ke town tanah rata.  jangan tak jejak saya bgtau mak.. hehehe...

Keesokan harinya kami ke pasar di Brinchang.. perrrhhhh sungguh ramai org waktu tu... nasib baik dapat parking.  Punyalah saya memborong membeli strawberi, buah2an dan sayur2an, berhabis duit gak la kat situ, tp mmg niat saya untuk berbelanja apa yang boleh. Itu pun kebanyakannya pesanan kawan dan nak memberi serba sedikit mana yg dapat kepada kawan2 office dan mak ani sekeluarga. 

Kami turun dari Cameron jam 2 lebih ikut arah Kuala Lipis/Bentong.  Ikut jalan baru.  Firas berapa kali muntah dan 3 kali kami berhenti.  Abah lak belanja kami makan di Restoran muallaf di Bentong.  Memang sedap makan kat situ.  Satu sebab lapar, dua sebab mmg SEDAP! 

Kami sampai KL dalam jam 8 malam. Memang sungguh padat aktiviti dua hari semalam kami di cameron. Mari nikmati gambar2 yg diambil semasa kami di cameron...




 Kak Linda dan anak2 juga join sekali

 ibu dan afi... sejukkan afi!

 Bonda ku tersayang..

Haziq dan ayah

 Penat dah jelajah kebuh teh..

 Berehat seketika...

 Mari kita minum2....

 Ini teh special.. ada daun pudina..

 Atok belikan afi topi warna PINK!
tq atok!
 Amboi, romantiss!!

 Gambar ni diambil masa nak menikmati suasana sejuk selepas subuh.
Mmg nampak SEJUK, kan?!

 Sejukkkk...

Antara muka2 yg sanggup bangun pagi keluar menjengah kesejukan selepas subuh...
 heheh.. pakteh rajin layan anak2 buahnya..


Wah! gambar sefamily di ladang teh... afi lak mengamuk!

Ini lah restoran kawan abah itu...
Restoran Mualaf di Bentong.. SEDAP!

0 ulasan:

 

Dari Hati © 2011 By NC