Isnin, Disember 19, 2011

Alhamdulillah...

Assalamualaikum wbt.

Minggu lepas adalah minggu yg agak 'riuh' jugak.  Riuh mcm mana? Riuh dgn cuti, riuh dgn gaji + Bonus (gov) + bonus (bos kasi)... mungkin sebab saya PA, saya nampak lah keriuhan pengurusan atasan utk memberikan bonus mengikut prestasi pada pegawai2 MyIPO.  Saya? saya hanya redha berapa pun saya dapat.  Dapat pun dah cukup mengembirakan hati saya. 

Dan tambahan pula, MyIPO akan memberikan bantuan kewangan kepada pegawai2 yg bergaji RM2500 basic bagi persekolahan anak2; dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5; dan saya antara yg akan menerima bantuan tersebut.  Syukur sekali lagi.  Maha Suci Allah memberikan rezeki kepada hamba yang dikehendakiNya.  Rezeki saya tahun ni cukup murah. Dan kawan2, bila rezeki murah, jangan la kita kedekut terutamanya dgn anak2.  Hemat saya, kita menumpang rezeki anak2.  Jadi, keutamaan kita apabila mendapat rezeki adalah kepada anak2.  Kesian mereka, dah la ibu ayah bekerja, kurang masa bersama anak2, hiburkanlah hati anak2 kita dengan perkara yg mengembirakan mereka, bukan mengembirakan hati kita je... Besar pahalanya itu.  Dah mmg jadi tanggungjawab kita pun untuk memberikan anak2 yg terbaik. 

Marilah kita bersyukur sentiasa, sama ada diwaktu 'ada', mahupun diwaktu 'tiada'.  Kerana sesungguhnya, Allah Taala Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.

0 ulasan:

 

Dari Hati © 2011 By NC