Selasa, November 08, 2011

Raya Aidil Adha...

Assalamualaikum...

Lama rasanya tak jenguk Blog, mcm tu jugak dgn FB, sebab minggu lepas rasanya mcm sibuk, w/pun xde lah sibuk buat apapun, kecuali keje2 rutin di rumah.  

Raya Aidil Adha tahun ni, kami sambut di Kajang.  Kajang? kenapa kajang ye? Kat kajang ada rumah teh, dan kebetulan mak abah dari JB cadang nak raya kat sini, sebab kami2 ni, teh, abang n myself tak balik JB.  Macam kami ni, mmg jarang balik JB time raya haji, kadang balik raya sebelah suami atau selalunya kami tak ke mana2 pun, kat rumah je.  Lagi satu, kami tak balik time raya haji ni sebab kami nak balik JB minggu depannya, 11/11/11 sebab nak buat akikah/majlis doa selamat/marhaban utk afi dan haziq (anak teh) pada 13/11/11 (ahad).  Jadi, berayalah kami dgn mak abah kat Kajang.

Ermmm, bila sebut pasal raya, selain dpd berkumpul sekeluarga, yang menarik juga ialah hidangan raya, betul tak?? BETUL!  Jadinya, sebelum mak naik Kajang, mak dah bagitau, mak nak masak laksa johor, kuah kacang, nasi himpit dan juga rendang.  Wah!! bila dengar laksa johor, terus kecur air liur.  Selalunya kami dpt makan laksa johor air tangan mak masa raya je or ada special request.  Sebab laksa johor ni leceh sikit nak buat.  Mak pun tak larat nak buat sorg2.  Jadi, macam best la hidangan raya haji tahun ni.  Kami bukan setakat berkumpul raya je, kami siap pergi berjalan raya lagi! ikut abah lerrr.. abah bawa g rumah kawan dia, pakcik sedara dan juga nenek sedara di Seremban.  Macam2 la kami makan. Rezeki... ada satay, bubur kacang hijau, lontong, termasuklah desert yg pelbagai tu.  Sedapnya makan kan... eh, saya masih berpantang jugak, especially yg sejuk2.. yg pulut2 tu saya tak sentuh, air sejuk pun saya tak minum, saya minum air panas dan paling2 pun minum air suam.  takkan tak minum langsungkan...

Dan lagi satu yg menariknya raya haji ni, saya ada baju raya... hihihihi... ada yg sudi memberikan saya sepasang baju kurung dan org itu ialah julaiha... thank you ju! akak dah rasmikan pun baju ju tu masa raya haji lepas. 

Bila dah sambut raya dan makan pun macam2, segala benda masuk ke perut, kami sekeluarga (saya anak beranak) dijangkiti penyakit, nasib baik bukan cirit birit, tapi selesema.  Sokseksoksek hidung ni, suara pun hilang, naik pula gegata satu badan.  Nasib baik afi tak teruk selesema, firas la yg meleleh2 air hidung.  Saya la yg teruk.  Tapi saya rela daripada anak yg sakit, biar kita yg sakit. 


Bila pegi klinik, doktor bagi ubat selesema/gatal dan juga ubat demam.  Tu je. Sebab saya bagi tau doktor saya breastfeeding baby.  Tapi ubat doktor tu sedikit sebanyak membantu melegakan selesema dan gegata kat badan ni.  Tekak yang sakit pun saya tawakal minum air asam jawa seteguk dua.  Lepas tu, alhamdulillah, ok dah.. tp mak aiiiii, garaunyer suara... kalo ada perlawanan bola, mmg frust la tak dapat nak menjerit bagi sokongan.. wkakakakaka...


oh ye, saya menghitung hari nak naik keje, aduhai, malasnyerrrr.. tp nak buat mcm mana, terpaksa lah juga saya bersedia mental dan fizikal utk kembali bertugas.... doakan semuanya berjalan dgn lancar... mudah2an...

1 ulasan:

Jue-Isteri_Ibu berkata...

sama-sama.. kau la kakak ku, tiada lagi kakak yg terlalu memahami diriku yang kadang2 mengada-ngada ni..huhuhu..

 

Dari Hati © 2011 By NC