Isnin, September 05, 2011

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Assalamualaikum....


Selamat hari raya, maaf zahir dan batin!

Perhhh... seminggu dah berlalu, cepatnyaa masa berjalan... rasa mcm tak puas nak dok cuti beraya. Mana taknya, dah balik rumah parents, balik lak rumah mentua.  Lepas balik rumah mentua, balik lak rumah sendiri, bila dah kat rumah sendiri, pepaham la --- baju kotor yg tak sempat di basuh, rumah yg mana tak dan nak kemas, nak kemas baju2 masuk balik dlm lemari/gobok, nak lak susun kuih raya dlm balang (sebab tak sempat nak susun sebelum raya hari tu)... eeeiiishhhh, mcm2 keje la nak kena buat... tak henti2.. behtu, esok tu, keja lak... ermmmm, spt biasa, awal pg tu la baru nak gosok baju budak2, nak siap bakul baju diorg utk rumah bbysitter... adoyai... keja IBU tak penah dan tak akan abis... itulah tanggungjawab.

Ok2.. meh citer pasal raya..
This year kami balik Johor bahru dulu... kat mana? Ulu Tiram... penah dengar? tak penah? takpe, kalo u all nak ke Kota Tinggi, u all akan lalu gak ulu tiram tu.. kiranya Ulu Tiram ni perantaraan antara JB dan Kota Tinggi.

Kami gerak hari Ahad lebih kurang jam 9 malam, ikut highway. Alhamdulillah, jalan tak baper byk kereta. Kami benti kat RnR Pagoh je. Sampai Tiram jam 1 pg.  Tu pun bila call mak depan pagar rumah pepagi tu, mak terkejut, sebab igtkan kami gerak esok pagi dari KL....

Hari Senin tu kami buat sarung ketupat, rebus ketupat nasi dan ketupat pulut, masak sambal kacang, masak kuah laksa dan ulam2nya.  Buat rendang daging. Simple je lauk raya utk tahun ni. 

Raya pertama, dok rumah, tak keluar mana pun. Raya kedua, kami pulun beraya di jalan raya.. start dari rumah, sampai le ke ayer hitam... dari jam 11.00 pg sampai la jam 11.00 mlm... dan sampai rumah mak jam 12.00 lebih... mmg memenatkan.

Raya ketiga, kami gerak balik jam 12 tgh hari dari rumah along.  Kami saing teh (yg duduk kajang) dan kami singgah rumah tok sedara kat Kg Sawah Neg. Sembilan. Behtu kami singgah rumah jap utk bilas badan waktu maghrib, dan teruskan perjalanan ke rumah mentua di Sungkai.  Kami singgah jap kat Rawang utk makan malam. Sampai di Sungkai dlm jam 10.30 mlm. Penat mmg penat, tp rasa puas hati.

Raya Keempat (Jumaat), kami beraya di kg suami di Grik, Lenggong, Ipoh... dari jam 10 pg sampai la balik ke rumah di Sungkai jam 12.00 mlm ++ ... mmg meletihkan... tp ok la kan, setahun sekali buat mcm tu.  Tu pun kami tak naik cameron highland (rumah maklong), kalo tak, mmg pulun betul raya ni.

Raya Kelima (Sabtu), kami tak kemana2... duduk dirumah je, relaks n lepak.  Raya Keenam, kami siap balik ke KL.  Bergerak dari sungkai jam 11.00 pg, jalan clear. Singgah di Rawang utk makan tgh hari, dan kami sampai Desa Petaling jam 1.00 lebih...

Sebenarnya, ada benda yg telah terjadi kat rumah kami semasa peninggalan kami balik kg beraya.

Memandangkan rumah kami rumah paling bawah (apartment low raise), cik Ti selalu la dpt keluar masuk rumah tu.  Selalunya saya akan tutup pintu2 bilik bila nak keluar rumah.  Ntah macam mana, masa kami singgah jap nak bilas badan sebelum balik sungkai tu, bila buka je pintu bilik, berbau satu mcm, tahi nyer merata atas meja solek, habis pintu kami di gigit2nya nak buat lubang keluar agaknya, tp sebab pintu papan tu kuat, jadi tak berjaya nak meloloskan diri... tu satu hal la, lagi satu, dinding rumah naik basah berlumut, (sebab lembab) dan bilik baju kami banjir, air leaking dr rumah atas... aduhai.... mmg risau pk kan benda tu, tp sebab rushing, hb pun janji kata akan kemas sebaik je balik dari Sungkai.

Jadi, sebaik je sampai rumah dari habis beraya tu, hb dah buka baju utk memulakan operasi, dibersihkannya segala tahi tikus tu, dimop lantai, dibuka tingkap bilik, aircond segala, di sembur febreeze dan .... hmmmmm... masih berbau....
akhirnya kami telah menemui seekor tikus mati dibelakang lemari baju ku... huhuhuhu..... tapi saya tak tgk pun.. sebab geli, hb kata besar gak la tikus tu, bukan cencorot. Hb kata, kesian kat tikus tu sebab tak makan, tak minum... ahakssss....  Lepas tu, baru la tak de bau... kami tukar cadar segala, takut dia main2 atas cadar... huhuhu... skrg ni kena sentiasa membuka tingkap bilik (waktu hujung minggu) supaya bilik tak sejuk dan lembab.  kalo tidak, mau berkulat baju.  Sepanjang hari di Sungkai, dah terpk nak cari rumah lain... aduhai, mcm senang je nak pindah2 rumah ni kan... tp bila dah dibersihkan semula, rasa lega je.. cuma kena cari jalan penyelesaian utk leaking dari rumah atas tu. 

Jadi, itulah peristiwa raya tahun ni... so, hari ni (Isnin - 7 Syawal) kita dah pun berada di Opis... memulakan semula rutin kerja harian.  Apapun, untuk minggu2 yg akan datang, masih lagi dlm suasana raya.  Marilah kita beraya ke rumah sanak saudara, sahabat handai yg belum sempat lagi kita kunjungi.. hehehe....

SALAM AIDILFITRI

2 ulasan:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

meh beli umah kat umah ila hehe

Ikhlas Dari Hati.... berkata...

waaaaaahhh... tak mampu la ila... tunggu ada rezeki lebih2 dan lebih2 lagi... insya Allah..

 

Dari Hati © 2011 By NC