Jumaat, September 23, 2011

Cuti hujung minggu yg panjang... macam2...

Assalamualaikum wbt.

Wah, minggu ni kandungan masuk 37 minggu.. minggu depan 38 minggu.. ermmm... kalau boleh nak cepat bersalin.  Bersalin kat mana? Ada dua hospital pilihan; sama ada di Pusat Rawatan Kohilal atau pun Hospital Ampang. Jauh dari rumah? tak pe kot, insya Allah boleh dan sempat sampai. Mudah2an tak de masalah apa2.

Persiapan baby? Persiapan ibu? Last week, kebetulan cuti Hari Malaysia jatuh hari Jumaat dan seterusnya cuti hujung minggu, sebaik mungkin menghabiskan masa dengan membeli barang2 keperluan baby.  Kebetulan hari sabtu tu, hadid n ariq diajak mak ani (pengasuhnya) pergi beraya.  So, seharian la diorg duduk berjalan dengan pengasuh ke sana sini.  Kami bawa firas je.  Memula lepas register n check up kat Kohilal, kami pergi desa pandan, kononnya nak ke outlet FIFI kat situ, rupa2nya bukan rezeki kami, kedai tu dah tutup dah pun... huhuhu... HB ajak pegi SOGO. maka ke SOGO la kami.

Nasib baik sales lagi.  Jadi kebanyakan barang baby kami beli di SOGO.  Kami lunch di Bukit Bellamy, makan rojak dan nasi ayam.  Lepas tu, kami singgah rumah mak ani, ingatkan budak2 dah habis berjalan, rupanya belum lagi, malam pun diorg nak ajak budak2 tu g jamuan raya PPR situ.  Mak ani pesan utk bawa baju melayu utk dipakai malam tu.  Sebelum balik rumah, kami singgah jap kedai ANAKKU kat tasik permaisuri.  Beli lagi barang baby kat situ, tak beli byk pun, lagi pun ada offer utk bbrp barang yg ada kat situ.  Kemudian barulah kami balik rumah....

Kat rumah, lain pulak cerita... hajat hati nak dptkan gadget yg di target (IPAD) heheheheh... so, browsing kat mudah.com.my.. HB pun tolong browse kan jugak.. xde la nak cari yg IPAD2 tu, cuma nak buat main2 je... akhirnya dpt gak satu contact ni, nak jual IPAD 64G 3G ... hb call n try to nego... Mrs. Yong tu kata nanti hb dia akan call balik berkenaan price nego tu.

Lepas maghrib, kami hantar baju ke rumah mak ani.  Arah tuju seterusnya ke VIVA cheras... VIVA cheras ni menjual barang2 perabot dan elektrik.  Ini kali kedua kami ke sini.  Masa first time dulu, xbyk kedai yg buka lagi, tp this time, lebih happening sket.  Ok lah.. masa jalan2 tu, kami dpt call dari Mr. Yong dan setuju dgn harga kami nego. Malam tu jugak kami ke UOG Jalan Kelang Lama utk jumpa, tgk barang dan kalo jadi, kami beli laaa... seronotnya.... dpt harga yg baik dgn barang yg diidam2kan. Maka, hajat pun tercapai, Alhamdulillah....

Cumanya bila dah dpt barang tu, tak tau lak nak buat apa dgn benda tu... hihih.. merenyam tak namanya???

Ok, next, kita call mak ani, tanya budak2 mcm mana? Mak ani kata, budak2 belum habis beraya lagi, dan kami decide, biarlah budak2 tido kat rumah mak ani, esok pagi kami amik.  Jam pun dah lewat dah, hampir pkl 10 ++.  Firas pun keletihan berjalan hari ini.

Hari ahad kami tak ke mana2... puas dah berjalan jumaat dan sabtu.  Hari ahad, hari kemas rumah dan hari relaks... cukup la tu, dah banyak berbelanja... cuma nak top up sikit2 mana yg belum ada... utk ibu, ibu rasa ok kot... bidan pun dah tempah, bag utk persediaan bersalin pun dah siap, barang baby mana yg penting tu dah ada, nanti kalo tak de, leh top up kemudian, insya Allah.  Rasanya cukup la apa yg dah sedia sekarang ni.  Cuma kena kuatkan fizikal dan mental je dan bersedia ke saat melahirkan.


Isnin, September 12, 2011

Macam2 ..

Assalamulaikum ... 

Hari ni saya tak g keje.  Pogie dah 3 hari tak sihat termasuk hari ini.  Asalnya dia sakit gigi dan kemudian membawa kepada demam.  Demam urat kot.  Semalam (ahad), kalo tak ada jemputan open house rumah teh kat kajang dan juga rumah bos di Lestari Perdana, Puchong.  Harapan kita, mudah2an dpt memenuhi undangan open house tersebut, dtg lewat pun tak pe la, tp pogie tak ok2 juga sampai la ke malam.  Terpaksa lah sms teh n bos mengatakan tak dpt nak dtg sebab pogie tak sihat.  Si ariq dah meragam nak g rumah pak teh nye, tp apakan daya.  So, kali ni kenalah pujuk dgn coklat yg prof bagi hari tu.  
W/apapun, semalam kat rumah dpt la buat rendang daging, kuah kacang dan nasi himpit utk makan sendiri.  Kalau sesapa datang tu, langkah kanan lah.  Ingatkan nak bawa g rumah teh sikit, tp keadaan tak mengizinkan.  Hari Sabtu sebelumnya pulak, sibuk mengemas rumah sebab mak ani (pengasuh budak2) nak dtg beraya.  Jadi, dlm pening2 tak tau nak masak apa dan dengan kudrat yg tak berapa daya (sebab dok mengemas rumah), pk punya pk, kita buat la nasi lemak biasa je.... hehehe.. buat la sambal ikan bilis.  Ntah mcm mana, kawan tenet kita, si fiezabaiduri & hb nak dtg rumah beraya... rezeki diorg la dpt makan nasi lemak kami... Alhamdulillah.  Sementara tu, dah pun rebus nasi himpit segera, dah pun panggang kacang, tp rasanya tak dpt nak buat hari tu jugak.  Mak ani sampai rumah kami kat pkl 7 mlm, so kami menjamu la nasi lemak dan masak sikit lg nasi memandangkan mereka ramai... habis gak la nasi lemak kami... dah tak de apa2 nak hidang, kami potong la nasi himpit dan keluarkan serunding daging.. mencicah la nasi himpit dan serunding daging... makan ramai2 ni seronot dan membuka selera... anak2 pun berselera nak makan.  Nasi himpit segera tu lah yg jadi sebab org buat rendang daging dan kuah kacang.  Dah berniat nak buat pun sebenarnya.  
Hari ni kita tak keje, meneman en. suami yg tak sihat... hantar hadid g sekolah dan ariq g sekolah.  Sempat jumpa cikgu ariq kat sekolah, bertanyakan mcm2 hal pasal ariq. punyalah susah nak pujuk ariq g sekolah pagi tadi.  Katanya ada si budak haziq kat sekolah tu mengaco dia... cikgu kata, mmg haziq tu suka membuli sikit.  pujuk punya pujuk, amik mood si ariq baru la dia ok sket.... mcm2 hal kan budak2 skrg.  Kita dulu sekolah rendah, kalo ada masalah, settle sendiri je.. kena buli ke apa ke, semua simpan sendiri, pegi jugak sekolah, pepandai la nak buat mcm mana nak ngelak kena buli.  kita tak penah la kena buli... hehehehe.. tak sapa berani buli kita dan dulu kes2 buli ni, kes terpencil kat sekolah kita. Nasib baik... 
Jadi nyer, hari ni lepas hantar budak2 gi sekolah, pogie ajak g minum kat mamak kat sg besi.  Kita ikut je la.  Jalan dari sg besi ke pusat bandar KL sesak barat, masa kami keluar jam 7.15 tadi clear je... rasanya mmg dahsyat la sebab dari tol sg besi lagi nampak nye kete bersusun tak bergerak.  Parah mmg parah.  Sesapa yg masuk opis pkl 9 mmg tak dan la nak kejar punch card.  Rupa2nya bbrp jalan kat KL di tutup untuk beri laluan raptai utk hari MALAYSIA pada jumaat / sabtu nanti.  
Lepas sarapan, kita ampai kain, basuh baju, lipat baju, kemas dapur, hangat lauk semalam.. fuhh, mengah gak la. perut ni dah sarat dah ni.. minggu ni adalah minggu ke 36.  Tak lama dah.. rasa2nya boleh bersalin awal ni, agaknya lah ...

Habis buat keje baru lah boleh duduk mengadap laptop... update status FB dan relakssss... barulah boleh nak update blog.  W/pun citer ni untuk diri sendiri, dan cuma seorg pun yg membaca, tapi tak kisah la.. sebab citer kat sini, direct luahan dari hati.... 

Jumaat, September 09, 2011

Makan2 dirumah Prof Rohazar

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, syukur....

Lunch time hari jumaat ni, kami telah ke rumah prof rohazar wati (ex-boss) di Kg. Sg. Mulia, Gombak kerana kesudian prof menjamu kami makan tgh hari dirumahnya.  5 buah kereta = 15 org jugak la yg dpt pergi. 

Prof masak nasi minyak, udang sweet sour, ayam masak merah n ada gak rendang daging... sedap! sehingga menjilat jari.  Memandangkan semuanya dah kelaparan dan berselera nak makan, maka, tak de la nak amik gambar lauk pauk prof tu..  tu tak termasuk kuih muih dan juga coklat2 prof (coklat mmg selalu ada kat rumah prof).... ada tapai, ada dodol.. hmmm, mcm2 ada... oh ye.. buah pauh pun byk sgt kat pokok dan juga bawah pokok... sedapnyer tgk diorg ni makan gitu je buah pauh tu.. ada yg bawa bekal balik lagi...

Terima kasih prof sebab sudi menjamu kami...
Semoga persahabatan tak terputus begitu saja...

Isnin, September 05, 2011

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Assalamualaikum....


Selamat hari raya, maaf zahir dan batin!

Perhhh... seminggu dah berlalu, cepatnyaa masa berjalan... rasa mcm tak puas nak dok cuti beraya. Mana taknya, dah balik rumah parents, balik lak rumah mentua.  Lepas balik rumah mentua, balik lak rumah sendiri, bila dah kat rumah sendiri, pepaham la --- baju kotor yg tak sempat di basuh, rumah yg mana tak dan nak kemas, nak kemas baju2 masuk balik dlm lemari/gobok, nak lak susun kuih raya dlm balang (sebab tak sempat nak susun sebelum raya hari tu)... eeeiiishhhh, mcm2 keje la nak kena buat... tak henti2.. behtu, esok tu, keja lak... ermmmm, spt biasa, awal pg tu la baru nak gosok baju budak2, nak siap bakul baju diorg utk rumah bbysitter... adoyai... keja IBU tak penah dan tak akan abis... itulah tanggungjawab.

Ok2.. meh citer pasal raya..
This year kami balik Johor bahru dulu... kat mana? Ulu Tiram... penah dengar? tak penah? takpe, kalo u all nak ke Kota Tinggi, u all akan lalu gak ulu tiram tu.. kiranya Ulu Tiram ni perantaraan antara JB dan Kota Tinggi.

Kami gerak hari Ahad lebih kurang jam 9 malam, ikut highway. Alhamdulillah, jalan tak baper byk kereta. Kami benti kat RnR Pagoh je. Sampai Tiram jam 1 pg.  Tu pun bila call mak depan pagar rumah pepagi tu, mak terkejut, sebab igtkan kami gerak esok pagi dari KL....

Hari Senin tu kami buat sarung ketupat, rebus ketupat nasi dan ketupat pulut, masak sambal kacang, masak kuah laksa dan ulam2nya.  Buat rendang daging. Simple je lauk raya utk tahun ni. 

Raya pertama, dok rumah, tak keluar mana pun. Raya kedua, kami pulun beraya di jalan raya.. start dari rumah, sampai le ke ayer hitam... dari jam 11.00 pg sampai la jam 11.00 mlm... dan sampai rumah mak jam 12.00 lebih... mmg memenatkan.

Raya ketiga, kami gerak balik jam 12 tgh hari dari rumah along.  Kami saing teh (yg duduk kajang) dan kami singgah rumah tok sedara kat Kg Sawah Neg. Sembilan. Behtu kami singgah rumah jap utk bilas badan waktu maghrib, dan teruskan perjalanan ke rumah mentua di Sungkai.  Kami singgah jap kat Rawang utk makan malam. Sampai di Sungkai dlm jam 10.30 mlm. Penat mmg penat, tp rasa puas hati.

Raya Keempat (Jumaat), kami beraya di kg suami di Grik, Lenggong, Ipoh... dari jam 10 pg sampai la balik ke rumah di Sungkai jam 12.00 mlm ++ ... mmg meletihkan... tp ok la kan, setahun sekali buat mcm tu.  Tu pun kami tak naik cameron highland (rumah maklong), kalo tak, mmg pulun betul raya ni.

Raya Kelima (Sabtu), kami tak kemana2... duduk dirumah je, relaks n lepak.  Raya Keenam, kami siap balik ke KL.  Bergerak dari sungkai jam 11.00 pg, jalan clear. Singgah di Rawang utk makan tgh hari, dan kami sampai Desa Petaling jam 1.00 lebih...

Sebenarnya, ada benda yg telah terjadi kat rumah kami semasa peninggalan kami balik kg beraya.

Memandangkan rumah kami rumah paling bawah (apartment low raise), cik Ti selalu la dpt keluar masuk rumah tu.  Selalunya saya akan tutup pintu2 bilik bila nak keluar rumah.  Ntah macam mana, masa kami singgah jap nak bilas badan sebelum balik sungkai tu, bila buka je pintu bilik, berbau satu mcm, tahi nyer merata atas meja solek, habis pintu kami di gigit2nya nak buat lubang keluar agaknya, tp sebab pintu papan tu kuat, jadi tak berjaya nak meloloskan diri... tu satu hal la, lagi satu, dinding rumah naik basah berlumut, (sebab lembab) dan bilik baju kami banjir, air leaking dr rumah atas... aduhai.... mmg risau pk kan benda tu, tp sebab rushing, hb pun janji kata akan kemas sebaik je balik dari Sungkai.

Jadi, sebaik je sampai rumah dari habis beraya tu, hb dah buka baju utk memulakan operasi, dibersihkannya segala tahi tikus tu, dimop lantai, dibuka tingkap bilik, aircond segala, di sembur febreeze dan .... hmmmmm... masih berbau....
akhirnya kami telah menemui seekor tikus mati dibelakang lemari baju ku... huhuhuhu..... tapi saya tak tgk pun.. sebab geli, hb kata besar gak la tikus tu, bukan cencorot. Hb kata, kesian kat tikus tu sebab tak makan, tak minum... ahakssss....  Lepas tu, baru la tak de bau... kami tukar cadar segala, takut dia main2 atas cadar... huhuhu... skrg ni kena sentiasa membuka tingkap bilik (waktu hujung minggu) supaya bilik tak sejuk dan lembab.  kalo tidak, mau berkulat baju.  Sepanjang hari di Sungkai, dah terpk nak cari rumah lain... aduhai, mcm senang je nak pindah2 rumah ni kan... tp bila dah dibersihkan semula, rasa lega je.. cuma kena cari jalan penyelesaian utk leaking dari rumah atas tu. 

Jadi, itulah peristiwa raya tahun ni... so, hari ni (Isnin - 7 Syawal) kita dah pun berada di Opis... memulakan semula rutin kerja harian.  Apapun, untuk minggu2 yg akan datang, masih lagi dlm suasana raya.  Marilah kita beraya ke rumah sanak saudara, sahabat handai yg belum sempat lagi kita kunjungi.. hehehe....

SALAM AIDILFITRI
 

Dari Hati © 2011 By NC