Selasa, Ogos 16, 2011

Mari adjust balik....

semalam kami buka pose ringan2 je. Kuih muih, bubur lambuk, ikan steam, ikan goreng, serunding daging...

Makan pun tak byk sangat, tp alhamdulillah.  Lepas maghrib g mid valley jap nak cari sandal, sebab sandal dah nak koyak, nazak... huhuhu... sib baik cepat je jumpa yg sesuai dan berkenan dan bersaiz. Hehe, sebabnya saiz kaki kita ni mmg besar. susah gak nak jumpa yg ada saiz kita.  Behtu balik singgah kat Giant Desa Petaling utk beli bendara malaysia si Hadid, katanya cikgu soh bawa bendera ke sekolah sok.  Ada la program utk merdeka agaknya.

So, balik tu dah lepak.  Memang cepat betul letih sejak kebelakangan ni, perut ni pulak mengeras je dari semalam.

Tido dlm pkl 11. 

Tetiba bangun, tgk jam dah pkl 5.27am... alamak!!!
Terus kejut budak2, bancuh kan horlicks... ariq tak nak makan pun.. tak sedap katanya makan cornflakes dgn susu Dugro Firas sebab susu segar dah habis, angkat kotak susu dalam peti ais rasa ringan je. rupanya budak2 ni minum susu tu semalam... tu yg gantikan susu segar tu dgn susu firas... tp mmg tak sedap pun.  Dan lagi satu, cornflakes Kellogs tak sedap.. sedap lagi nestle nyer.. hadid makan cornflakes kosong je. Behtu dia makan biskut raya yg ibu dia buat.. hehehe.. my hb lak makan nasi dgn lauk ikan steam. kita lak cuma minum air horlicks je.  nampak gayanya ariq tak pose ler hari ni.  Tgk2 baru perasan jam dinding tu lambat bbrpa minit, dan tak lama tu, jam dinding tu benti berdetik... ermmmm.. habis bateri rupanya. Padanlah semalam buka pose, jam belum pun 7.27, TV dah baca doa buka pose. Kena tukar bateri la..

Lepas sahur dan masuk waktu subuh, kita pun tertido... sedar2, hb kejut dah pun pkl 6.45am.. alamak.. lambat lagi... ermmm.. bruk brek bruk brek, jam 7.15 keluar rumah.  Si ariq bad mood... sib baik firas ok.  Jalan spt biasa, jem. sampai sekolah hadid mcm biasa, masih ada lagi budak2 yg lewat sampai. 

Sampai opis mcm biasa. 

Tp pagi ni perut dah siap2 berbunyi.. krok kruk krok keroncong terus.  Kepala pening sekejap. Tapi kemudian, dia ok.  Petang ni ada perhimpunan Bulanan.

Hmmm.. byk yg kena adjust dlm hidup satu dua menjak ni.  Timing dah tak betul, alignment dah lari, balancing pun dah lari...

Nape leh jadi macam tu? rasa2nya sebab makanan yg kita makan dan juga makanan jiwa.  So, kena memilih sikit makanan supaya lebih berkhasiat, memberi tenaga dan kecerdasan. Jiwa pun mcm tu juga, supaya tidak malas dan amik mudah.... Semoga hari ni lebih baik dari hari yg sudah lepas... AMIN...

0 ulasan:

 

Dari Hati © 2011 By NC