Rabu, Ogos 17, 2011

Alhamdulillah, murah rezeki tahun ni.

Semalam tetiba hb ajak buka puasa di luar, di Taharah Desa Pandan.  Kami biasa makan kat situ sekali sekali.  Ok la.. ramai gak yg makan kat situ dan makanannya pun ok.  Restoran tu kecik je, hanya menyediakan masakan ala thai dan masakan biasa.  Tak de western food. Ok la. 

Jadi semalam, lepas balik keje, vroom vroom dgn hb ke sana utk book tempat dulu, sib baik sempat.  Kami order air sirap satu jug, udang masak petai, sup sayur, daging masak merah, telur bungkus dan sambal belacan.  Nasi 5 pinggan.  Alhamdulillah, semuanya habis.  Harga RM39.  Kebetulan semalam juga ada perhimpunan bulanan, dpt la bekalan untuk buka puasa terdiri dari kuih muih, bubur lambuk dan manisan : sagu.  Bos lak bagi sebekas putu bamboo. tapi kami tak makan masa buka puasa tu sebab takut tak luak lak lauk pauk yg kami order.  kami simpan dulu bekalan tu dlm kete.  Balik rumah leh makan.

Citer pasal murah rezeki, Alhamdulillah, tahun ni Pengerusi MyIPO telah mengumumkan Bonus setengah bulan gaji dan sumbangan raya RM1000, dibayar bersekali dengan gaji.... Syukur sangat2... menumpang tuah bby dalam perut nih.  Lega la, leh bayar hutang2 tertunggak, dan beli barangan keperluan baby.  Tak beli apa pun lagi nih.   Dan semestinya persiapan raya untuk anak2.  Nak bagi imbuhan gak pada anak2 yg berpuasa.

Walau apa pun, kena juga berhemah berbelanja, berjimat, menyimpan gak utk bulan2 depan.  Kena buat kira2 betul2.  Rezeki yg datang bergolek, boleh terus bergolek pergi sekelip mata.  Jadi, kena ingat2 lor...



2 ulasan:

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) berkata...

semua dah ada location.. kiki.. alhamdulilah banyak membantukan bonus ne..sejarah kan? lebih dari gomen utk pertama kali..

Ikhlas Dari Hati.... berkata...

Ila, minta2 hujung tahun ni dapat lagi kan.. setgh bulan bonus... hehe, agak2nya, dpt tak eh?

 

Dari Hati © 2011 By NC